Monday, June 30, 2014

Umrah Trip bahagian 1

Alhamdulillah selamat pergi menunaikan umrah pada 31 Mei - 11 Jun 2014.. Sy pilih TA BAHRULMAZI kerana sesuai ngan bajet kami sekeluarga.. Perjalanan kami bermula pada 30 Mei 2014.. Penerbangan dr Kota Bharu ke KLIA2 menaiki Air Asia.. First time sampai KLIA2.. besar nya lah airport.. kesian kat warga tua yg kena berjalan jauh untuk sampai gate keluar..tp ok la..sgt selesa berbanding LCCT.. sampai KLIA2.. abang ipar dah tunggu utk bawa kami balik rumah dia.. utk bersihkan diri dan makan malam.. Kol 10 p.m kena berkumpul semula kat KLIA..


Family kakak n abang sy yang dtg hantar..Adik beradik suami pon ramai yang datang hantar.. sgt terharu..

Lam kol 2.00 a.m gitu kami menaiki pesawat Emirates menuju Dubai.. dari Dubai ke Jeddah.. perjalanan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 13 jam.. Dari Dubai ke Jeddah berpeluang naik Airbus 380.. merasa la jgk.. hehe.. Sampai aiport Jeddah.. tunggu bas untuk dibawa ke Madinah.. 

Suasana airport Jeddah..

Sekali lagi urusan kami dipermudahkan.. masa kami sampai takde penerbangan lain.. jd urusan di imegresen cepat.. cuma nak tunggu barang keluar lambat sikit.. mungkin sbb sekejap sgt urusan di imegresen.. lepas dpt barang tunggu bas sekejap.. tak lama pon tunggu bas dah sedia.. perjalanan dr Jeddah ke Madinah akan mengambil masa 6 jam.. tp perjalanan yg lama tk terasa sgt sebab semua orang keletihan.. kebanyakan kami tidur utk mengumpul tenaga.. Bas berhenti sekali untuk solat jamak qasar zohor dan asar.. sementara tunggu yang lain sempat la kami order nasi arab.. sepinggan boleh share 2 org sbb banyak..

Sampai di Madinah masih petang.. jd sempat la solat Maghrib di masjid Nabawi.. masa ni sy lam conflict boleh solat ke tak boleh.. so sy tak ikut pergi masjid.. berehat di bilik je.. patutnya malam ni berehat je tapi mutawif tukar plan.. plan esk nya di bwk ke malam.. malam tu semua org dapat masuk raudhah.. sy just dok kat luar masjid tgk2 orang.. sambil tunggu mak mertua..

Hari kedua di Madinah.. aktiviti bebas.. boleh la pergi membeli belas sikit pastu pergi masjid.. suasana di Madinah tenang.. walaupun ramai org tapi tenang.. cuaca panas tapi menyenangkan..  


 Suasana lam masjid Nabawi


Suasana kat luar masjid Nabawi

Hari ketiga ada ziarah luar.. pegi melawat Masjid Quba, kebun kurma, jabbal Uhud ngan Masjid Qiblatain.. walaupun dah dipesan harga kat pasar kurma sedikit mahal.. tapi kami beli jgk kat sini.. kalau beli banyak boleh request kotakkan terus.. senang nnt nak angkut naik bas dan boleh terus check in kargo..

Alhamdulillah kat Madinah jugak la sy tahu sy mengandung.. besar rahmat Mu ya Allah.. Kau ambil zuriatku jd ahli syurga.. Kau jemput kami ke tanah suci Mu.. Kau hadiahkan berita gembira ni ketika kami di Madinah tempat bersemadinya Rasulullah saw.. sempat la sy masuk raudhah.. pengalaman pertama masuk raudhah sgt la menggerunkan sbb org berasak2 nak masuk.. pastu org yang dah kat dalam tak dpt keluar.. sy pon hampir terjatuh atas orang tgh solat.. Pengalaman kedua masuk Raudhah masa buat ziarah selamat tinggal.. kali ni sedikit mudah sbb orang tak ramai..


Masjid Quba

Lepas Ziarah Wida' kami bertolak ke Mekah.. Perjalanan dari Madinah ke Mekah akan mengambil masa lebih kurang 8 jam kalau sy tak silap..

0 comments:

Post a Comment