Thursday, April 20, 2017

Osaka Trip Day 5

Harini kita ke Universal Studio Japan.. kebetulan harini besday sy.. kiranya kita celebrate di USJ la.. ramalan cuaca ialah hujan..bangun pagi tu hujan agak lebat.. jadi tidak la kami rushing sgt nak keluar.. harini tuan rumah tawarkan diri nak hantar kami ke USJ.. dekat je lam 10 min naik kereta.. kalau naik train leceh gak sebab kena tuka 2,3 station..sy kata kol 11 ke atas baru nak pergi.. yang dia kol 11 dah sampai dpn rumah..naseb la rumah dekat je.. 

Ingatkan hujan tak la ramai org.. takde ok.. kami sampai tu org dah ramai..even haritu bukan weekend..tetapla penuh ngan rakyat dia sendiri.. first ride kami naik kat Jurrasic park.. masa gi USS faiq kecik lg.. jadi yg kali ni faiq dah lepas inci.. boleh la bawak dia naik ride.. beratur naik ride saje dekat sejam.. ke sejam lebih.. dah la beratur lam hujan.. extreme gak la ride ni untuk Faiq.. menangis dia masa ride tu menjunam turun.. ibu pon seriau.. abis kat Jurassic Park, kami ke Harry Potter.. yg ni tak sanggup nak que nak naik ride.. harus 2 jam baru dpt ni.. so kami tour je School of Magic tu.. lepas tu tgk show.. pusing2 dalam tu.. kami keluar ambil lunch box.. lagi sekali tuan rumah yang baik hati tolong belikan.. kami ambil n makan kat luar USJ.. patutnya tak boleh keluar.. tp sebab kat dalam tu takde makanan halal, kami minta keluar nak makan..penjaga tu akan cop kat tangan.. bila nak masuk balik dia akan scan.. beli 4 nasi.. sekali pedas la pulak.. so budak2 tak makan.. just makan roti je..

Lepas settle lunch, cari tempat nak solat.. tepi information center ada family room.. kami minta izin nak solat kat dalam tu.. org tu beria tanya boleh tak solat kat situ sebab diorng tak sediakan ruang solat.. bilik tu pon lebih drpd selesa.. ada toilet.. ada bilik2 kecik utk ibu2 bf.. lepas selesai solat, sambung pergi area Terminator.. tgk show.. perempuan yg handle show ni kelakar tapi 1 apa pon tak paham.. abis show Terminator kami ke area Superman.. sebab dah nak malam, org pon dah berkurang.. kali ni adik ipar pulak yg jaga Aniq..abes ride Superman, hari pon dah malam.. dua park kami tak sempat masuk, Jaws n Waterworld.. Waterworl kat USS pon ada.. dah selesai semua.. sekali lg mintak tlg tuan rumah tlg ambil kat USJ.. dia dah bgtau kalau keluar lewat, bgtau je dia.. nanti dia pickup.. bertuah sungguh badan.. kali ni kami hulur la sikit wat tambang..

















Osaka trip Day 4..

Hari ke empat kami menuju ke Kyoto.. harini tak bawak bekal sebab dah bercadang nak makan kat kedai.. dari station ke Kyoto lebih kurang 1 jam..

 Sampai di bandar Kyoto..
 Pun jatuh hati ngan bandar Kyoto.. nyaman je..
 Yasaka Shrine
 Yasaka Shrine
 Muruyama Park


kalau sakura dah berbunga mesti lg cantik.. best kat sini.. kawasan luas.. 

Kat Kyoto pon banyak berjalan, lepas pergi 2 tempat ni kami menghala cari kedai halal.. dari carian google, jumpa la kedai ni..





Makan daging wagyu.. best sgt.. boleh la makan kat luar sekali sekala.. kat sini ada ruang solat kat kedai solat.. lepas makan boleh selesaikan solat Zohor dan Asar kat sini..





Lepas makan n solat.. kami jalan2 sekitar bandar je sambil menghala ke station.. suka sgt tgk suasana Kyoto ni.. mcm dalam cerita Jepun lama2.. ngan cuaca sejuk.. jalan kaki banyak2 pon tak terasa..


Osaka Trip Day 3

Since semalam tak sempat nak pergi Dotonbori, terpaksa bring forward ke hari ni.. adik ipar nak beli jam baby G.. macam biasa lepas budak2 bangun, makan breakfast, bawak bekal lunch baru keluar rumah dalam pukul 10 pg..

 Aktiviti menunggu bas setiap pagi..

 Dotonbori tempat shopping n makan..
 Suka la tgk kedai2 dia.. rasa macam dalam cite Jepun.
Tak jumpa nak ambil gambar dgn org berlari tu.. gambar depan ketam pon jadi la..

Dah jalan kawasan kedai dia.. kagum tgk bersih je walaupun banyak kedai n ramai org.. kami singgah di mall, tak ingat nama apa.. adik ipar memborong jam baby G.. pastu borong beg Anello ngan beg Kippling.. beg Kippling mmg murah yang amat.. semua barang2 shopping sumbat dalam beg Anello sebab nak pergi Kobe pulak.. dari Dotonbori naik train ke Kobe dalam 50 minit..

Sampai di Station bukak bekal lunch.. dah lambat dah sebenarnya.. tapi sebab kat Dotonbori takde tempat nak makan, tahan je la makan kat Kobe..

 Sampai di station di Kobe
 berjalan menuju Masjid Kobe
 Di hadapan Masjid Kobe
 Banyak kedai menjual makanan halal di Kobe..
 Suka tgk kedai2 dihias cantik..
Bandar Kobe yang happening di waktu malam.. jatuh hati ngan bandar Kobe..

Balik dari Kobe semua org keletihan, so msg tuan rumah minta tolong ambil kami di station.. sbb bas nak ke rumah dah tak ada.. tuan rumah dgn senang hatinya datang ambil kami.. baik sgt tuan rumah kami ni..



























Osaka Trip Day 2

Sambung semula sebelum lupa..Day 1, macam kebiasaannya.. takde la nak keluar awal pagi sangat.. tunggu budak2 bangun dulu dah siap masak breakfast n bawak bekal lunch.. baru tgk jadual bas.. kalau tak silap pukul 10 pagi baru keluar dari rumah..

Plan harini nak ke Osaka Castle, tempoze ferris Wheel, Osaka Aquarium Kaiyukan, Umeda Sky Building dan Dotonbori.. tapi tak semua dapat cover sebab kesuntukan masa.. satu2 tempat jauh dan kena banyak berjalan.. tempat pertama kami pergi ialah Osaka Aquarium Kaiyukan.. ni en suami yang beria nak pergi sebab Faiq ngan Aniq suka tengok ikan..kalau ke sini jangan lupa bawak kupon yang dapat masa beli Osaka Amazing Pass untuk dapatkan diskaun.. agak lama jugak dalam ni.. kalau banding Aquaria KLCC, sy lagi suka Aquaria..


Budak yang suka naik bas n train.. 

 Dari station berjalan menghala ke Aquarium..

Lepas habis Aquarium, kami ke Ferris Wheel yang terletak berhampiran ngan Aquarium.. kat sini boleh guna Osaka Amazing Pass, cuma kena bayar tiket untuk Faiq shj.. tgk dari kejauhan pun dah rasa gayat.. bila kat atas, lg la terasa.. Alhamdulillah budak2 enjoy je.. ibu je yang gayat..


Tempozen Ferris Wheel.. 

Jalan menghala ke Tempozen Ferris Wheel

Kemudian kami menghala ke Umeda Sky Building.. yang ni pon boleh guna Osaka Amazing Pass.. tp sayangnya kami dah tak larat nak menapak mencari bangunan ni.. dari Ferris Wheel kena naik train.. Sampai di Umeda, tgk kiri kanan, tak tahu nak menghala ke mana.. n budak2 pon dah kepenatan seharian berjalan.. end up kami ke shopping mall je..


Shopping mall.. tak beli apa2 pon.. just jalan2 cuci mata je.. keluar dari mall ni dah malam, tanya salesgirl kat dalam mall ni kat mana nak tunggu bas.. yang bagus nya diorng ni, walaupun tak reti sgt nak cakap Bahasa Inggeris, sedaya upaya jugak nak explain bagi kami paham.. salesgirl tu siap ambilkan peta tunjuk.. part ni en suami ngan adik ipar mmg expert.. sy surrender bab2 nak fikir jalan.. ambil bas pukul 8 malam kalau tak silap, terus berhenti bus stop dekat rumah..  convenient sgt..



















































Saturday, April 1, 2017

Osaka Trip Day 1

Alhamdulillah dah selesai trip ke Osaka, 17 Mac - 22 Mac 2017.. asalnya ajak en suami pergi Bandung tp en suami nak pergi yang jauh sikit.. setelah ditimbang tara, Osaka menjadi pilihan.. trip kali ni banyak dugaan.. tapi tak apa lah.. anggap saje takde rezeki baru hati redha..  sepatutnya ambil flight pukul 1 a.m supaya sampai di Osaka siang hari.. jadi dah save satu hari perjalanan.. tapi kita merancang, Allah juga lah yang menentukan.. terpaksa ambil flight pukul 8 pagi.. sampai sana lebih kurang pukul 3 p.m..

First sampai airport, pergi customer service, beli pass.. sepanjang kat sana kami guna 2 pass, Amazing Osaka Pass utk 1 hari, Kansai Thru Pass utk 2 hari. Harga dan cara guna boleh tgk di website. Pass2 ni boleh guna kebanyakan train dan semua city bus.. sgt2 convenient.. dan ada juga free ticket utk msk tempat2 menarik.. untuk child 6 thn ke bawah, tiket train dan bas adalah percuma.. So Faiq n Aniq tak perlu beli pass..Faiq cuma bayar kalau nak masuk tempat2 bertiket je.. Aniq free lagi utk 4 thn ke bwh..

Kali ni ambil masa sikit nak study tempat2 yang nak pergi.. satunya sebab kat sana terlampau banyak jenis train.. yang mmg sedia maklum trip kali ni kena byk berjalan.. dr train station nak ke tempat2 menarik mmg kena berjalan.. jadi perkara pertama yang sy buat, cari homestay dulu.. dr homestay br tgk google maps, mana kawasan yang boleh pergi dan cara nak pergi..

Part homestay ni pon mencabar jgk, tak tahu nak aim kawasan mana.. sy book melalui airbnb.. mula2 tgk jarak homestay dr station.. kalau jauh sgt mcm tak berapa bagus.. 1km tu dikira jauhlah untuk berjalan pergi ke station.. hari2 belek airbnb, baca review, msg owner tanya pasal homestay.. antara soalan sy tanya, mcm mana dr airport nak ke tempat dia.. kalau jwpn dia kena tuka train, maknanya takde direct train dr aiprort, sy akan potong siap2.. dah boleh bayang azab nya nak tolak beg2 besar tukar train.. soalan seterusnya, ada rice cooker tak.. kalau tiada terpaksa potong jugak sbb mmg niat nak memasak kat sana.. kalau rumah dia jenis apartment, jgn lupa tanya ada lift ke tak.. selebihnya baca review.. kalau byk review n semua nya positif, mmg tak ragu2 lagi rumah tu bagus..

Sy sgt la bersyukur sebab jumpa rumah ni.. harga pon murah banding ngan rumah2 lain.. baca info jarak rumah ke station dalam 1.1km, agak jauh sebenarnya.. tp baca review, ramai kata convenient.. jd dengan yakin nya booking 5 malam.. dari airport nak ke homestay pon senang, naik airport limosuine bus, terus ke station berdekatan, tuan rumah dtg pickup.. beg besar2 tak payah pening kepala nak urus.. nanti org airport limousine bus yang akan angkat masuk bas.. bila sampai pon diorng yang uruskan.. setiap beg akan di tag n kita diberi resit.. nanti nak ambil beg, kena tunjuk resit br boleh ambil beg.. kagum tgk cara diorng yang sistematik.. Sehari dua sebelum nk berangkat br kami tahu, dekat rumah ada bus stop.. jd setiap hari kami akan tunggu bus kat situ n pergi ke station.. semua tiket guna pass..  balik dari bandar pon, ada bus yang berhenti kat bus stop tu.. owner rumah dah bg siap2 jadual bus.. bus kat sana, kalau jadual pukul 8,50, 8.50 la bus sampai.. mmg on time.. kagum lg.. tuan rumah ni baik sgt.. bila sy tanya boleh ke naik bas dekat rumah pergi station berhampiran.. dia reply boleh dan tak perlu risau.. kami 5 org je.. bila2 dia boleh hantarkan.. lega betul..

Lepas selesai urusan pass, pergi solat dulu.. prayer room ada kat level 3F kalau tak silap.. suka la pergi kat tempat2 yang Muslim friendly ni.. tayah pening2 pk nak solat kat mana.. sebelum pegi mmg dah sedia maklum, Kansai Airport mmg muslim friendly.. kat level 1 ada restoren halal.. boleh makan tanpa rasa ragu.. urus itu ini, pukul 7 jgk la baru dpt  naik bas.. dah msg tuan rumah siap2 bas pukul berapa sebab nanti dah takde wifi.. kami berhenti dekat Amagasaki Station.. ingatkan trn bas ada la org pegang signboard Azini ke apa.. berangan je ok.. gabra la sekejap sbb tak tahu tuan rumah tunggu kat mana.. sikit lg nak gi mintak paswed wifi kat kedai org.. tunggu sekejap dtg van hon2.. otw balik rumah, tuan rumah tunjuk la tempat2 sekitar rumah, kedai family mart, tempat tunggu bas.. semuanya dekat.. tuan rumah pinjamkan pocket wifi..mmg sgt membantu la pocket wifi ni,, senang nak check train, bas pukul brp.. sampai rumah dalam pukul 8,30pm.. sunyi dah kawasan rumah tu.. mcm dah pukul 11.00 mlm.. lepas letak brg, keluarkan baju tebal, kami jalan kaki pergi family mart beli telur.. mlm tu dinner maggie ayam bubuh telur je la..

 Family Mart berhampiran dengan rumah

 Pose depan rumah.. rumah selesa.. 2 tingkat, 3 bilik..
Tempat kami menunggu bas setiap hari..naik tangga tu, jalan terus dalam 200m, rumah kami..






Friday, February 24, 2017

Resepi Siakap Masak Tiga Rasa

Sejenis yang masak suka google resepi.. Selalu kena tegur ngan en husband resepi lain2.. sebab malas nak catit resepi.. masak tiga rasa ngan masak sweet sour terpaling tidak reti nak masak.. memandangkan semalam ada org beli siakap pastu dok meratib nak siakap tiga rasa.. tanya 3,4 kali pon tetap tak berubah siakap tiga rasa,, jd hari ni kita guna segala kepakaran yang ada utk memasak siakap tiga rasa..  setelah di google2 resepi, kita main campak je la apa yang ada.. bahan apa yang ada kat dapo, itu je la kita campak..

Bahan2..
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Cili

Sos Tomato
Sos Cili
Sos tiram
Sos ikan
garam
gula
Cili Boh
Daun limat purut

Cara2

Blend dulu 4 bahan yg atas.. Pastu tumiskan sesedap rasa.. masukkan cili boh.. campakkan gula sikit.. pastu bila cili dah masak, masukkan 4 jenis sos.. masukkan air kalau nak berkuah.. campakkan daun limau purut n last sekali perasakan ngan garam.. mebeles.. sebelum tu goreng ikan siakap yang dilumur ngan garam, kunyit dan tepung jagung.. lepas tu boleh la kasi ikan berenang dalam sos tiga rasa tu..


Saturday, June 18, 2016

Philips PerfectCare Aqua

Tak pernah terfikir nak beli benda alah ni.. masa kawan2 dok bising pasal iron ni.. sy buat tak tahu je.. dalam hati buat apa beli iron ribu2 ni.. beli yang 80 hingget sudah...skrg bilangan baju nak kena iron makin bertambah.. kalau dulu baju kerja sy je kena iron tu pon kadang tak iron sbb ada kain baju kurung yg tak kedut.. pastu tambah baju balqis.. skrg baju faiq.. mujo baju kerja en husband tak kena iron.. tp bila kena iron baju kemeja putih dia mula la tension melanda sbb payah ilang kedut.. tiap2 malam spend masa 30 minit lebih iron baju.. pastu baju kurung sy ada jgk yg jenis payah hilang kedut.. rasa mcm dah iron beria.. tup2 gi sekolah ada yg tego tak iron ke.. haha..tension tau.. 

Aritu member offer iron ni.. tanpa berfikir lg terus sy beli jgk.. bila dah dpt.. br la tau senang nya guna iron ni.. 15 minit boleh siap iron semua.. paling best sbb iron ni tak payah set2 temperature bagai.. on tungggu jap lam 2 minit.. terus gosok.. kalau kain yg degil2 tu.. tak payah nak tekan beria sgt.. sekali lalu gitu je.. kedut terus ilang.. dulu setiap ari khamis ngelat la nk pakai baju batik sbb malas nak iron.. tp dengan adanya philips ni.. gosok baju batik senang je.. kalau ada batu kat baju langgar je..