Wednesday, November 23, 2011

It's birdie..

Tadi checkup kat klinik.. doc scan cam nampak birdie.. last month scan tak nampak apa2.. ingatkan baby girl.. sekali td dc tunjuk birdie la.. ball la.. nampak muka ayah yg excited sbb ada geng.. Balqis dr dulu nak baby girl.. tp bila tanya nama apa nak bagi baby.. boleh pulak nak bg nama Aqil.. mcm tau2 je baby boy.. Sy pulak kena adjust balik sbb selama ni ingatkan baby girl.. harap2 segalanya berjalan lancar.. baby sihat dan sempurna dan keluar menjengah dunia bila tiba masa nya.. Aminn..

Kakak Balqis yg semakin manja..

Masa mula2 dapat tahu sy mengandung, Balqis ok je.. kemain suka sbb nak dapat adik.. sekarang bila perut ibu makin besar, dia pon dah mula faham dalam perut ibu ada baby.. makin menjadi2 pulak manja nya.. tp bukan manja ngan ibu, manja ngan ayah saje sbb ibu susah sgt nak mengawal emosi.. bila tgk Balqis merengek tk tentu pasal mula la suara ini nak naik ke high note.. bila ayah balik kerja je mula la episod tknak kawan ibu.. pastu dok menempek je tepi ayah.. nak tidur malam pon ayah kena tidur ngan Balqis talih tido ngan ibu.. skrg tiap2 malam dia akan terjaga pastu kalau tgk ayah takde kat tepi mula la nk menangis tk tentu pasal..

Kalau tgk ayah urut ibu pon leh mendatangkan jeles.. boleh pulak suruh urut dia dulu baru urut ibu.. pendek kata Balqis saje nak berebut ayah ngan ibu.. mentang2 ibu selalu kata ibu ada baby.. tu rasa unsecure la tu.. Walaupun sejak kebelakangan ni ibu tersangatla garang, ibu tetap sayang Balqis sama macam dulu.. n ibu tk sanggup nak hantar Balqis balik kg sbb nanti ibu boring Balqis takde.. hehe

Sunday, November 20, 2011

Rumah ke 6!!

Macam dah lama tk dengar kes pecah rumah sejak berita penyangak tu dah kena tangkap.. tup2 semalam cakap ngan en husband.. bleh pulak dia cakap laa tak tahu ke.. baru je ada kes curi kereta.. area dekat2 ni jgk.. nice2.. mmg kawasan Kg Baru ni dah tak aman dah.. mcm2 kes jenayah ada.. pastu pagi ni dapat pulak berita rumah kawan sy kena pecah.. sebelum ni rumah tepi dia ngan belakang rumah dia yg kena.. Semalam rumah dia pulak yg kena.. yg lagi menyakitkan hati kejadian berlaku masa Maghrib! Ya Allah apa nak jadi manusia2 zaman sekarang..

terima kasih la kepada pihak2 yg menentang keras hukuman Hudud dilaksanakan kat Malaysia.. ingat lagi ngan ceramah Dato' Mashitah.. kalau hukum Hudud dilaksanakan habis la kudung tangan rakyat Malaysia.. tak tahu la nak ketawa ke nak menanges dgn statement ustazah sorng ni.. skrg nak pegi mana2 pon dah tak seronok.. kalau boleh nak je duduk kat rumah diam2.. Semoga org yg buat kerja terkutuk ni mendapat balasan segera..

Sunday, November 6, 2011

Berita baik ke..

Tadi pagi2 dapat berita dr jiran sebelah.. polis dah berjaya tangkap penjenayah pukul 3 pg tadi.. tp tak pasti penjenayah tu ke punya kerja yg pecah rumah kawasan perumahan kami.. tp sekurang2 nya ada la tindakan yg diambil lepas 5 buah rumah yg kena.. tu tak termasuk rumah2 kawasan perumahan yg lain.. kerja keras ko ye sempena raya haji ni.. tiap2 malam buat kerja.. tahniah kepada pak polisi kerana bertungkus lumus buat kerja..

Salam AidilAdha 1432H..

Buat kali ketiga nya sy tidak balik beraya di kampung sempena raya haji.. plan sudah cantik tiba plant en husband buat hal di saat2 akhir.. en husband sedaya upaya suruh sy balik ngan balqis.. tp sy tdk mahu.. apa la guna pulang ke kampung berhari raya tanpa en husband di sisi.. pffttt.. sy dah agak.. dekat2 raya mesti plant en husband buat hal.. seolah2 berhantu di situ.. saje tak kasi staff balik beraya..

Ingatkan en husband kerja di pagi raya, sy tk bercadang nak masak apa2 di pagi raya.. last minit br bgtau dia masuk kerja tengah hari.. nak mencari bahan untuk buat rendang sgt la tidak sempat.. tambah2 lg.. kudrat utk memasak sungguh tak ada.. pagi raya kami just pergi sembahyang raya di plant en husband saja sbb ada jamuan raya disediakan.. terubat sikit la sedih tk balik raya bila bersama2 ngan org senasib.. lepas balik beraya di plant, pegi beraya pulak rumah jiran depan rumah.. since sy tk masak apa2 kat rumah, sy just ajak2 ayam saya jemput akak tu dtg rumah sy.. tp lepas en husband pegi kerja.. gate berkunci, pintu rumah bertutup.. harap2 akak tu memahami sy tidak bersedia menerima tetamu.. hehehe..

Rindu mau makan sup tulang.. rindu mau makan daging sampai sakit gigi.. harap2 kakak ipar balik Kerteh esok bawak la sikit hasil2 korban hari ni.. di kesempatan ini sy ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya AidilAdha.. semoga pengorbanan kita sekecil mana pun selama ini mendapat balasan daripada Allah s.w.t.. aminn

Saturday, November 5, 2011

Pembetulan.. bukan 4 buah rumah tp 5 buah rumah!!!

Tadi sms jiran depan rumah tanya pasal kes pecah rumah tu.. akak tu bgtau bukan sebuah rumah je kena mlm td tp dua buah rumah sekaligus.. rumah sebelah menyebelah.. mungkin takde barang sgt lam rumah pertama tu dia nekad masuk rumah satu lagi.. kebetulan tuan rumah yg ke-4 tu bekas polis dan berpangkat dato' , baru la kelam kabut pak polisi dtg menyiasat.. siap polis dr Kemaman turun padang sekali.. tk dapat diterima dek akal yg waras k.. 5 buah rumah lam masa sebulan dalam perumahan yg sama..

Rumah ke-4..

Baru dapat berita td ada sebuah lg rumah kena pecah masuk malam td.. ya Allah siapa punya kerja la ni.. baru je 2-3 hari lepas dia masuk rumah org.. hari ni masuk lg.. tk cukup2 lg ke hasil ko dapat..walaupun dia aim rumah takde org.. tp still tak sedap hati jugak..rumah tu selang 2 rumah je dr rumah sy.. tuan rumah mmg tak duduk rumah tu.. dia just datang sebulan sekali je.. tu pon dah lama dia tak dtg.. ada la 3-4 bulan tk nampak batang hidung.. kalau ko waras.. mesti la rumah tu takde simpan apa2 barang berharga kan.. dah kata tu rumah persinggahan dia je..

Punya la banyak rumah kat Kerteh ni kenapa mesti kawasan perumahan kami jgk yg jadi mangsa.. si pelaku ni mmg berani tahap maksima.. dalam sebulan dua ni dia byk berlegar2 kawasan ni je la.. ya Allah kau tunjukkan lah hidayah kepada org2 yg buat kerja tak baik ni.. bukak kan lah pintu hati dia nak bertaubat.. apa lg yg kami mampu buat selain berserah kepada Allah..

Friday, November 4, 2011

Happy 5th anniversary..

25 hb Oktober hari tu anniversary we all yg kelima.. yg nice nya dua2 pon lupa.. bila bukak fb baru perasan hari tu 25hb.. takdek apa2 yg special pon dibuat hari tu.. just pegi Dungun beli mesin basuh baru.. pastu balik dinner kat rumah sbb nya sy dah masak awal sebelum tahu hari tu adalah anniversary kami.. kot tak leh jugak dinner special sikit.. hehe

27 hb pulak kami ke Cameron.. tu pon diplan bukan atas dasar anniversary.. kebetulan ada rombongan lawatan sekolah.. sy pon follow je la.. instead pegi dengan bas.. kami bawak kereta sendiri so kat sana takde la terikat ngan jadual rombongan.. Dah lama sy ajak en husband pegi Cameron.. last pegi masa honeymoon dulu yg mana 5 tahun yg lalu.. tapi selalu je takde kesempatan.. nak ada kesempatan mcm mana.. asal cuti je nak balik kampung..

Kol 2 pm mcm tu kitorang konvoi kereta 2 biji ke Cameron sbb nak guna jalan baru.. Bentong-Sg Koyan-Ringlet-Cameron.. org kata lagi dekat jalan lg ok.. so gamble je lalu jalan tu walaupun dua2 driver tak tahu jalan.. ngam2 kol 7pm sampai ke Post Betau.. sebelum tu singgah tepi jalan tanya arah..pakcik tu siap pesan bawak kereta elok2 musim hujan ni jalan tak elok.. ok bikin saspen.. dah la kami mendaki ke Cameron waktu malam..pukul 8pm selamat sampai ke Cameron.. mula2 cuaca cantik.. tgh kelam kabut cari hotel.. hujan turun dengan lebat nya.. kansel program nak ke pasar malam Brinchang.. 5 thn tk jejak kaki ke Cameron byk betul perubahan.. dulu malam je kat pekan Tanah Rata suram je.. org prefer dok lam bilik.. skrg meriah nya mak ai.. siap ada Starbucks lg.. kelllaass.. sejuk2 pekena kopi..

Malam tu ingatkan nak ambik hotel cikai2 je since dah smapai malam.. esok lak pagi2 dah nak checkout join rombongan.. sekali dapat toilet bocor da.. elok je org atas flush toilet.. bocor kat toilet bilik kitorng.. sibuk la pulak nak tukar bilik.. dapat pulak bilik yg ada tingkap ke bilik stor.. kalau bukak tingkap.. akan nampak org dalam bilik sebelah lg satu.. bilik stor tu in between bilik kitorng.. malam kang elok2 ko tido.. ada la org boleh melompat masuk bilik ko.. kot tk bukak tingkap kelemasan pulak lam bilik tu ngan takde kipas segala.. last2 kitorng ambik apartment 3 bilik.. ngam la utk 3 family..

Esoknya pegi Mardi.. pastu gi ladang strawberi.. merasa la petik sendiri strawberi.. siap berebut ngan anak murid pulak.. lam kol 1pm baru check in pulak apartment yg sekolah booking.. walopon tk memuaskan hati tp ok la takat nak wat tido n mandi.. lepas berehat jap rombongan sekolah pegi melawat kilang teh.. tp sy tk join.. kitorng pegi butterfly farm.. punya la mahal tiket nak masuk.. RM5 utk dewasa RM2 utk kanak2.. dahla takde apa sgt.. tp dh janji nak bawak Balqis pegi tgk rama2.. terpaksa la masuk.. abis situ singgah pasar malam Brinchang.. walopon hujan terpaksa la redah saje.. balik bilik makan2 mandi semayang terus tido..

Hari Sabtu singgah Kea Farm saja.. tgk sayur lansung tk teringin nak beli.. tp bila dah sampai rumah baru la menyesal tk beli sayur.. strawberi kemain la banyak beli sampai 7 kotak.. masa beli cadang nak bagi dekat kakak ipar ngan jiran depan rumah je.. sekali habis semua bagi dekat jiran sebelah kiri kanan depan.. rumah hujung sekali pon bagi jugak.. last2 tinggal sekotak utk diri ini.. naseb en husband ngan balqis tk suka makan strawberi.. on the way balik tu singgah Temerloh kejap.. konon nak lunch makan ikan patin Temerloh.. sekali sampai sana lam kol 3pm.. ikan patin pon tinggal 2-3 ketul je.. tu pon kepala saje.. nyesal tk ambik semua.. sekali bila nak tambah.. dah abis licin.. waaa.. sedap sungguh ikan patin.. pedas meletup.. pasni mesti pegi Temerloh lg..


Apartment malam pertama.. dekat dgn Heritage Hotel.. harga ok.. apartment ok.. cuma heater rosak pagi nya.. merasa la mandi ngan air sejuk..


Jalan2 di Mardi..

Memetik strawberi di Opah's Strawberry Farm.. Jahat tau diorng ni.. elok je lepas kami petik semua baru la dia bawak keluar strawberi yg diorng dah petik dulu.. merah2 besar2 lagi.. patut la masa kitorng petik tinggal yg tak berapa nak merah je..


Budak paling happy bila dibawa berjalan..


Jalan baru dr Ringlet ke Sg Koyan.. jalan besar tp kurang kereta.. konvoi kereta sgt digalakkan tp kalau kereta tip top jalan sorng pon tkpe..

Overall semua org happy dgn trip ni walopon masa nak bertolak dr Kerteh sempat lg berkrisis ngan en husband.. naseb baik tak lama.. kalo tk spoil je cuti2 Malaysia.. hehe.. Lupa nak wat ucapan anniversary.. thanx to en husband for being a great husband and father to us..yg selalu sabar melayan kerenah we all walopon kadang2 terbabas jugak kesabarannya.. luv u always..

3 rumah dalam masa sebulan dalam perumahan yang sama

Semalam tgh borak dgn jiran depan rumah, akak tu tanya ada dengar cerita tak.. ada rumah sebiji lg kena pecah masuk area rumah kita.. Ya Allah tak abis lg rupanya kes pecah masuk rumah org ni.. bila tanya apa pulak modus operandi dia kali ni.. akak tu pon tk tahu.. lupa nk tanya katanya.. mcm mana la benda paling penting mcm tu dia leh lupa nk tanya..

Mcm apa je penyangak tu leh pecah masuk rumah org dalam kawasan perumahan yg sama dalam masa sebulan.. nampak sgt yg buat keja ni org2 berdekatan jugak.. en polisi tk boleh buat apa2 ke nk membendung kes pecah rumah ni.. nak2 pulak skrg musim raya pastu musim cuti sekolah.. ramai org balik kampung.. makin la galak dia buat kerja..

Kalau dah gini gayanya.. kami rumah2 yg masih selamat ni mcm menunggu giliran la pulak.. pasni rumah sape pulak.. benci yg amat bila pk kan puak2 yang suka menyusahkan org ni.. org dah tau ko aim rumah kawasan ni.. so org tk bodoh nak tinggal emas berketul lam almari baju.. so please jgn nak geledah almari baju.. bukan ko reti nak kemas balik.. menyusahkan aje yg ko reti.. kepada mak bapak yg tahu anak tu penyangak tk payah la susah2 nak bela.. ko serah je kat polis.. ni tak.. bila ada kes pecah rumah gigih bawak lari anak gi tmpt lain.. takut anak jadi suspek polis..