Saturday, September 24, 2011

Hobi baru..


Sebelum ni ada org dok promote game The Sims Social kat facebook..lepas try main mcm best jgk la.. leh hias2 rumah.. pastu leh gi lawat rumah org lain wat mcm2 aktiviti.. sekali Balqis pon berjangkit jgk main game tu.. ok la gilir2.. sy cr duit.. sy hias rumah.. dia just gi lawat rumah org.. hari tu sy biar dia main sorg, sekali tgk rumah dah tinggal separuh, duit dah habis licin.. terus takde mood nak sambung main.. dia dok tgk sy hias2 rumah dia pon sibuk la nak menghias jgk..

Sekarang sy ada game baru yg sgt la buat sy ketagih nak main hari2.. game Words WithFriends..


Dulu masa kecik2 kat rumah ada game Scrable.. tp stendet la bila main ngan adik beradik lain mesti sy request nak main dalam BM.. padahal yg BM nya Shahiba..pastu tak pernah bother nak kira markah sume.. bantai main je.. skrg tak payah susah2 nak bukak papan Scrable.. sume ada kat facebook.. Dalam banyak2 game sy main, game semalam la yg paling sengit pernah sy main.. opponent pon sgt komited ngan game ni.. selalunya nk tunggu opponent reply.. berjanggut la jugak tunggu..

Mula-mula opponent lead game jauh jgk.. tgk word ZEST dia dapat markah 90 kat situ.. selalunya kalau dah kena tinggal jauh sgt, sy resign je.. ala2 megaku kalah gitu.. tp tidak semalam.. tabah je sy main jgk.. sampai la sy dapat kejar dgn word RETAKE.. sy dpt markah 60.. terus game jd sengit.. sepanjang2 game tu sy berdebar.. beria kan.. 2 jam dok mengadap game tu.. akhirnya sy mng jgk.. mmg puas hati.. tp kalai main ngan en husband boleh mendtgkan stress.. nk tunggu dia gerark leh ambik masa setengah jam.. sampai sy gi mandi semayang pon dia tklih gerak lg.. punya la berfikir nk markah byk.. hihi



My mum in the house..

Mak sy jarang dtg rumah sy.. masa kat Labuan seingat sy sekali je dia dtg.. tu pun tk duduk kat rumah lama sbb gi jalan ke Sabah.. Kat Kerteh lak br 2 kali datang.. 1st time datang masa baru pindah.. barang2 kat rumah pon belum ada lg.. so my mum tk bleh buat apa sgt.. tp byk jgk dia tolong keluarkan barang2 dr dalam kotak..

Walaupon mak sendiri yg nak dtg rumah, beria jgk la sy kemas rumah.. tknak la kan nanti my mum komen itu ini.. rumah tk kemas la apa la.. rumah kami kat Kerteh ni takda bilik stor.. bilik tetamu tu la yg jadi mangsa nya.. segala benda sumbat dalam bilik tu.. bila my mum nak dtg baru la kelam kabut kemas balik bilik tu.. 2nd time diorng dtg masa nak buat open house hari tu.. ingatkan sempat la stay sampai habis majlis.. rupanya majlis belum mula diorng dah nak berangkat gi KL.. tp byk jgk my mum tlg siapkan rumah utk open house..

Selalunya mcm tu la.. singgah rumah sy sekejap2 je.. tk pernah la kata nak duduk seminggu ke.. alasan rumah tinggal lama la.. pastu 2 hari lepas buat open house Balqis kena jangkit penyakit kuku dan mulut.. sy inform kat diorng.. kebetulan diorang kat Melaka tgh cuti2 Malaysia.. tk sangka pulak esok nya terus diorng dtg Kerteh tlg jagakan Balqis sbb kami tk boleh cuti lama.. Balqis kena kuarantin kurang2 pon 2 minggu br boleh gi tadika balik.. Balqis pulak kalau diorng ada kat rumah takde nya heran ngan ibu.. serba serbi nak ngan tokma.. tido pon nak tido ngan tokma.. merasa la my mum tido terganggu sbb Balqis akan merengek malam2 sbb tak selesa sakit dalam mulut..

Diorang dtg hari Selasa sampai hari Jumaat.. 1st time lebih dr 2 hari.. My mum jenis yg tak boleh tgk rumah selerak tk berkemas.. bila sy pegi kerja mula la dia tk boleh duduk diam.. tgk baju tk berlipat dalam bakul habis dilipatnya.. baju2 yang sy rendam dalam baldi pon selamat my mum basuhkan.. rasa bersalah la jgk diri ini.. ingatkan nak suruh my mum rehat2 saje kat rumah sekali byk pulak kerja yg dia buat.. konon2 nya sy balik sekolah br nak masak lunch kan.. kalau dah balik kol 2 tu.. maunya kebulur diorng menunggu.. sudah nya my mum la yg masaknya.. sy balik sekolah tinggal makan saje.. seronok rasa nya bila ada org tlg uruskan hidup kita especially our mum.. walaupun kena menahan telinga dgr komen2 dr my mum tp sy redha.. hihi..

Thursday, September 22, 2011

Kepimpinan melalui tauladan..

Seorang pemimpin dipandang melalui kebolehan dia memimpin org2 bawah dia.. Mcm mana nak memimpin org bawahan kalau diri sendiri tidak betul.. suruh org lain dtg keja awal.. tp diri sendiri pun datang lambat.. waktu kerja sampai pukul 4.00 pm, tp bila org lain nak balik keja.. kelibat awak yang hilang dulu tk muncul2.. Suruh org masuk kelas mengajar tp awak? Sendiri mau ingat la.. Orang lain tk bawak anak ke tempat kerja sbb taknak campur adukkan urusan kerja dengan urusan keluarga.. tp awak lain.. awak siapa orang lain siapa.. yang awak tahu, awak nak mcm ni mcm ni.. orang lain yg bertungkus lumus buat.. Awak tak tahu ke atau buat2 tak tahu.. kepimpinan melalui tauladan tu apa.. sigh..




Tuesday, September 20, 2011

Lembu punya pasal..

Sy cukup la bengang bila tgk sekumpulan lembu melepak2 tepi jalan kat Kerteh ni.. rasa mcm nak cr je owner lembu2 ni n lempang laju2.. nak ternak lembu pandai pulak tp nak jaga lembu2 tu supaya tk merayau merata tak pandai pulak.. lg bengang bila nak pegi keja pagi2 tgk najis lembu merata atas jalan.. nak elak tak dapat terpaksa la redah je.. apa la agak nya owner lembu ni pikir aa.. tk rasa bersalah ke lembu2 dia tu menyusahkan org.. selalu gak sy suggest dekat en husband kita culik je lembu2 ni sekor dua.. bukan owner dia tahu pon..

Ni nak cerita pasal Balqis.. ada kena mengena la jugak dengan lembu ni.. sejak2 duduk Kerteh ni mcm2 sakit dah Balqis ni kena.. mula2 kena pirah.. sejenis binatang yg ada kat babi atau binatang2 berbulu.. pastu kena pulak kudis api.. kudis api tak abis lg kena pulak penyakit kuku dan mulut.. mula2 ingatkan ulser biasa je.. tp bila tgk mcm ada lepuh2 kat kaki tangan dia mula la rasa tk sedap hati.. bawak jumpa doc, doc terus kata penyakit kuku dan mulut.. lagi buat geram penyakit ni dtg nya dr lembuuu..

Jadi Balqis tk dapat pegi tadika.. kalau ikutkan info tadika tu patutnya kena tutup bila ada kes penyakit ni.. kebetulan esok kat sekolah ada sambutan hari raya.. dapat la mc untuk jaga Balqis.. risau la skrg kan mcm2 penyakit ada.. cepat la sembuh balqis.. ibu risau bila balqis sakit..

Monday, September 19, 2011

Boleh caya ke..

Semalam sy buat open house + house warming.. First time la wat makan secara besar2an.. Kebetulan Petronas cuti hari Ahad sempena cuti Hari Malaysia, ramai la colleague en husband tk dapat dtg.. menu adalah nasi tomato ngan bihun goreng.. semua ditempah.. sy just tambah kek coklat, dadih, ayam goreng ngan tembikai saje.. kek coklat buat 2 biji tinggal separuh lg.. standard la kan bila orang dtg rumah mesti tanya masak sendiri ke.. bila jawab tempah.. orang tanya lg tempah kat mana dan sebagainya.. sy ok je mengaku sy tk reti + malas + tk larat nak masak byk.. overall sy happy ngan open house semalam sbb ramai org dtg.. dpt kenal wife kawan en husband dan paling penting dpt kenal jiran tetangga..

tapi hari ni dtg sorang ustazah ni dtg tanya sy sy order kat mana.. sy jawab mcm biasa.. bila sy sebut nama kedai tu boleh pulak ustazah ni wat muka terkejut.. pastu tanya sy selalu makan kat kedai tu ke.. husband sy selalu makan kat kedai tu ke.. sy dah agak dah mesti ada tk kena.. dia bgtau org kedai tu guna khadam sbg pekerja dia.. wat bantu dia masak.. mula2 sy ingat khadam tu mcm pekerja belah2 bangladesh ke apa.. pastu dia bgtau mcm ilmu ghaib la.. sy tk puas hati la kan.. sy tanya mcm mana dia tahu.. dia cakap ada org bgtau dia.. ok kes org ni bgtau org tu bgtau yg buat sy lomeh sket.. tp sbb dia ustazah kan.. sy berterima kasih la kan sbb tlg bgtau.. pasni tobat la tk pegi dah.. makanan lebih semalam tu pon mcm dah berkira2 nk buang je..

yg lg best tu ustazah ni bgtau ada ustaz nampak khadam tu sama naik masak nya dengan tuan kedai.. sy dah terbayang2 dah mcm mana benda tu masak sbb halimunan kan.. tkkan la periuk belanga tu gerak sendiri.. tk tercapai dek akal.. tak tahu la kan di zaman serba moden ni ada lg ke org guna khidmat ilmu ghaib gitu.. ala2 bela saka la pulak kan.. kalau takat guna ilmu pelaris tu biasa la jugak sy dengar.. pastu dia pon mula la list kedai tu ok kedai ni ok.. yg kelakar nya dia bgtau satu kedai ni guna ilmu pelaris tp sy tgk kedai tu tk laku pon.. cam mano tu.. pastu sy tanya satu kedai yg selalu sy makan ok tak.. dia jawab yg tu dia tatau..

Masa kat Labuan pon mcm tu jugak.. ada dgr org cakap kedai ni guna underwear la bubuh dalam sup sebab nk bg sedap.. yg bgtau tu pulak anak sedara kepada tokei kedai makan sebelah kedai makan yg kena fitnah tu.. betul ke tak betul tak tahu la..

Ok lepas ustazah tu bgtau sy mcm tu mesti la sy rasa tk sedap hati kan.. tak suka la dengar cite2 mcm ni..

Monday, September 12, 2011

Buat apa stress kan diri..

Sebelum ni sy agak rajin jgk la checkup di klinik kesihatan.. tp sejak terkena sekali rasa mcm nekad dah tkmo gi wat checkup kat situ.. sy selalu pegi lepas sekolah lam pukul 2.00 pm. masa tu mmg br lepas masa rehat diorng.. suppose diorang start wat keja balik kol 2.00 pm lah.. tp kalau lewat 5 ke 10 minit tu leh la lg diterima.. hari tu kitorng melangut menunggu sampai 2.30 pm tp tk start2 jgk wat keja.. tgk diorng kemain ramai tp masing2 sibuk dok keluar masuk 1 bilik ni.. rupanya ada staff diorng br balik dr langkawi bawak souvenir.. sibuk dok pilih souvenir belaka..

mmg tak nafi diorng check mmg bagus.. pastu tak lokek ilmu.. tanya sikit berjela diorng explain.. tp tu la nak tunggu turn tu punya la lama.. kadang kol 2.00 pm pegi.. kol 3.30 pm br selesai.. pembaziran masa ok.. pastu lama sy tk pegi sekali ada misi call cakap nak dtg rumah melawat sbb sy dah lama tk pegi klinik.. sbb dia dah dtg rumah sy pon sambung la wat checkup kat situ.. pastu misi bg appoinment jumpa doc hari ni pukul 10.00 am untuk scan perut.. sy request nk dtg ptg sebab malas nak keluar waktu sekolah.. tp biasa lah gomen.. doc ada pagi saje ye.. kebetulan hari ni ada program kat sekolah bleh la sy keluar.. bajet sebelum kol 11.00 am leh balik sekolah semula..

tpppp tu hanya lah impian semata2.. 11.00 am br siap check dgn misi.. belum lg jumpa doc.. kat situ pakai sistem nombor yg agak sadis sikit.. nombor giliran dia kelip je dkt buku merah.. pastu bila nak jumpa misi kita letak dalam box yg disediakan.. dtg org kemudian dia letak buku dia depan kita.. misi pulak bukan jenis reti tgk nombor.. dia main ambik je buku yg kat depan.. tak ke sakit hati..sy dah membebel kat kakak kat tepi sy tu.. baik tak payah bg nombor kalau taknak tgk nombor..

lepas checkup ngan misi pegi pulak tunggu turn nak jumpa doc.. tgk kan org takde la ramai mana.. tp sorang2 ambik masa setengah jam jumpa doc.. wah kagum la kan.. apa la yg doc tu check sampai setengah jam.. kol 12.00 tghari br sy kena panggil.. dia belek2 buku merah sy pastu jumpa gamba scan yg sy buat 2 bln dulu kat klinik swasta.. doc ngan slamber nya cakap hari ni dia tak buat scan sbb benda sama je nnt dapat.. sy tak puas ati la kan.. berejam sy menunggu sbb appoinment nak scan perut dia leh pulak taknak buat.. mula2 sy diam.. tak sampai 5 minit pon sesi sy.. tak padan ngan 2 jam menunggu.. pastu rasa tak puas hati sy cakap ngan doc tu.. tu gambar scan lama.. kenapa tak scan br..sy nak tgk baby growth.. dia ingat sy suka2 bazir masa 2 jam semata2 nak jumpa dia 3 minit kot.. misi kat tepi tu pon sibuk jgk kata benda sama je nanti.. benda sama apa nya.. last scan masa 2 bln skrg dah 4 bln.. nk tgk la baby dah besar mana..

baru la dia suruh sy baring nak scan.. ni lg sadis.. almost 15 minit ok sy terbaring kat situ.. tgh sy baring tu doc tu sibuk la buat call dok bincang problem patient dia ngan doktor pakar kot.. haih mencabar kesabaran sungguh.. ikutkan hati nak aje turun katil tu terus blah gitu je.. pastu doc dtg nak scan.. sy dah pelik nape takde skrin sy nak tgk baby.. doc ngan misi dia je la yg leh tgk baby nya.. pastu print gamba pon idak.. mmg sadis.. pasni mmg tkkan la sy dtg jumpa doc kat situ lg.. bikin stress saje..

Friday, September 9, 2011

Alasan baik punya..

sebelum ni kalau ejen insurans call, sy mesti tak sampai hati nak kata sy tak minat dgr..ends up sy tipu cakap sy tgh driving.. call semula nnt..bila dia call semula sy tak angkat.. en husband selalu tk puas hati kenapa perlu sy menipu.. kalau taknak dgr cakap je la taknak dgr.. jgn bagi harapan palsu dekat diorang.. naseb la kan.. kalau kita cakap tknak dengar pon nnt ada je la ayat dia pujuk suruh dengar jugak.. nak main letak teleon je mcm kurang ajo sgt..

semalam dapat lg call dr ejen insurans.. tiba2 dapat idea nak bg alasan lain.. sy cakap sy tknak dengar sbb en husband sy pon ejen insurans jgk.. sy dah puas dengar dia cerita dekat sy.. selalunya sy guna alasan tu bila ejen insurans dtg approach sendiri.. nnt byk lg dia tanya en husband ejen insurans apa.. pastu sibuk nak compare dia punya.. padahal sy tk pernah ambik tahu pon pasal insurans.. bila on phone ejen tu boleh pulak pujuk suruh dgr dia cakap dulu.. tk paham2 ke org tknk dgr.. terpaksa cakap sy tgh bekerja ni..

cakap pasal insurans, sy belum ada insurans sendiri..bila tanya en husband kenapa sy takde insurans.. ni jawapan dia.. "awak nak insurans buat apa.. kalau sy takde semua atas nama awak.. semua dpt kat awak" dgn kata lain kalau sy takde dia tk perlu pon harta sy.. ok sy terima alasan tu dgn senang hati.. tp tp lepas tu sy terfikir tu kalau sy takde.. kalau sy sakit tp masih hidup.. sapa nak sara sy.. kita tak tahu masa depan cam mana.. sy nak insurans sendiri ye en husband.. tlg buatkan utk sy sebelum sy cr ejen insurans lain..

Tuesday, September 6, 2011

Hati adalah tidak gembira..

Tatau la kenapa.. sejak pindah sekolah baru ni.. perasaan adalah sgt tidak gembira.. tk gembira dengan surrounding sekolah.. tk gembira dengan pihak pengurusan.. tk gembira dengan anak murid.. yg menggembirakan hanyalah rakan2 guru..

Minggu depan dah nak UPSR.. kalau kat sekolah lama masa ni dah rileks sbb tknak bg tekanan kat budak2.. tp kat sini lg dekat nk UPSR lg byk program nak buat.. buat program mcm2 pon peratus lulus untuk subject Matematik takat tu jugak.. kat sekolah lama tkde pon program merepek boleh jgk dpt peratus lulus 90 lebih.. semua bergantung kepada penerimaan budak.. kalau dah budak tk boleh terima paksa la mcm mana pon mmg tk dapat apa2.. rindu ngan sekolah lama.. sob sob..

Pastu kan masalah gaji sy belum selesai lg.. tambah pulak dengan masalah pengesahan jawatan.. seme benda tu kalau difikirkan mmg menyakitkan hati.. berurusan dengan kerani sekolah mcm berurusan dgn pak menteri.. seme benda nak tunggu surat.. tkde surat keje tknak buat.. masalahnya kalau takat dok menunggu sampai bila2 pon benda tk setel.. sampai sy sendiri yg call jpn tanya itu ini.. bila bgtau kerani dia tak tahu.. tunggu surat.. apa salah nya dia sendiri yg call jpn sbb dah mmg kerja dia.. dia yg patut lg tahu dr cikgu..

dengan masalah2 yg ada ni hati adalah tidak gembira..