Sunday, December 15, 2013

cerita dr parlimen

Sy suka tgk video2 dari parlimen kat youtube.. nak tgk yg live nya kat tv1 mmg tak la sbb boring.. pada sy penting la rakyat Malaysia tgk rakaman dr parlimen ni sbb dr sini kita leh nampak YB mana yg buat kerja, YB mana yang ambil berat pasal rakyat dan YB mana yg sekadar menyemak parlimen.. so rata2 semua org tahu..

Tiap kali ada video menarik sy akan share kat fb.. setakat ni ada la kot 3-4 kali sy share.. yg sy suka n kagum sy share.. sy sy tak suka n meluat pon sy share.. yg sy perasan dr dulu sampai sekarang bila melibatkan isu2 panas yg berkaitan ngan masalah rakyat akan ada satu puak yg suka buat bising.. lansung tak bg peluang pihak satu lagi untuk bahaskan menggunakan fakta.. yang dia tahu menjerit sana sini dengan tujuan mengganggu which is sangat la menyakitkan hati sy yang melihat..

setakat ni juara menjerit n menyampuk tak tentu pasal nya ialah AP dr Kinabatangan.. Ada la 2-3 kali  sy share video beliau meroyan di parlimen.. yang terkini pasal isu banjir tu.. boleh dia menyampuk tak tentu hala mcm tu.. sampaikan tuan speaker suruh diam pon masih lg dok menjerit.. mmg menyakitkan hati.. seperti biasa haruslah share..

Tapi kali ni ada org terlebih sensitif lak.. siap komen situ tak patut la kami kutuk rakyat Sabah walaupun benci sgt ngan si Bung tu.. haha kelakar.. tiba2 pulak kena tuduh kutuk rakyat Sabah.. padahal yg dikutuk disitu obviously si Bung sorang.. melalak lam Parlimen pandai.. tp tgk la kawasan dia sendiri.. apa pembangunan dia bawak untuk rakyat dia.. mula-mula sy taknak balas.. malas nak memanjangkan isu.. sekali elok pulak dia buat status kat fb dia.. masalahnya org tu sensitif tak bertempat.. siap dok ungkit pasal org semenanjung org sabah sarawak.. takde kena mengena ok..

Pastu sy terangkanlah sikit apa yg dia salah faham tu.. tk pasal kena explain.. entah2 dia tak tgk pon youtube yg sy share tu.. main redah komen sensitif je.. so sekarang dah tkde nampak update dr dia kat fb.. maybe sudah kena unfriend..

Sunday, December 1, 2013

Tak serik-serik..

Masuk hari ni dah 3 hari menderita sakit telinga.. seksa woo sakit telinga..rasa nak hentak2 kepala ke dinding.. nasib baik sebelah je.. kalau dua2 belah.. double la sengsara nya.. ikut kan rekod kat klinik.. selang 3 bulan skali mesti akan kena sakit telinga.. punca nya tak lain tak bukan sebab suka korek telinga guna cutton bud.. korek pulak kalau boleh nak korek selang sehari.. padahal doktor dah pesan jangan korek acap sgt.. bahagian dalam telinga sensitif.. 

Masa sakit camni insaf la.. kang tak sakit dah mula la balik ngan tabiat suka korek telinga tu..yang buat tak selesa nya.. bila sakit telinga jadi berdengung.. pastu telinga berdenyut2.. bila dah berdenyut dia naik ke kepala.. masa ni la rasa nak hantuk kepala nya.. merasa la cuti hujung minggu 2 hari memerap lam bilik je.. bila baring kurang la sikit rasa sakit nya.. sampai Balqis dtg tanya kenapa ibu asyik tidur je..

Hari Jumaat tu dah pegi klinik.. doc just bagi antibiotik.. selalu doc bg je ubat tahan sakit.. sebab tak tahan sgt..hari Sabtu nya sy ke klinik lg..terus mintak ubat tahan sakit.. tp doc taknak bg.. tk boleh makan katanya.. dia bagi panadol je.. wat penat je dtg..

So lepas ni sila la beringat bila nak korek telinga.. jangan korek beria sgt.. dah sakit kang baru la menyesal tp tk serik2 jgk..