Wednesday, December 29, 2010
Sy sudah jadi warga Kerteh..
Wednesday, December 22, 2010
Cuti2 Malaysia..
Kalau tak kerana hujan lebat kami takkan berhenti main lg.. dah siap tukar baju sume br nampak sunburn sorng2.. Balqis la yg paling obvious.. sy lam gambar di atas nampak sgt gemok.. tak suka tak suka..
Tuesday, December 21, 2010
Congrates my dear sister
Sunday, December 19, 2010
I Love Giveaway - My biqque.blogspot.com Favourite Post!
Wednesday, December 8, 2010
i am lucky no 14978
Atas permintaan Pn Laney, ni dia gambar2 hadiah nya.. best2..
Tq Biqque.. suka sgt dapat hadiah.. kami pemenang2 hadiah ni bkn nya memandang kebendaan.. lebih kpd kepuasan diri sbb berjaya jd org yg bertuah.. pasni kalau buat GA confirm sy akan join.. :P
Drama swasta punya pasal..
Friday, December 3, 2010
Etak anyone?
Lekat tulang..
Thursday, December 2, 2010
Sayangi Orang Tua Kita
Taktau nak mula tulis macam mana.. apa yg berlaku lam keluarga sy skrg betul2 mengganggu fikiran sy.. tk perlu nak cerita detail la kan sbb tu masalah keluarga.. Tiba2 teringat kat iklan raya petronas dulu.. cuba letak diri kita kat tempat org tua tu.. apa la perasaan kita ye bila anak2 tak ikhlas nak jaga kita bila kita tua.. semua kita buat tak kena.. kehadiran kita tu seolah2 menjadi bebanan kepada anak2.. tu kita masih sihat boleh berdiri duduk bagai.. cuba kalau dah terlantar tk boleh bgn.. macam mana la pulak layanan anak2.. gerun sy bila fikir..
Sekarang cuba letak diri kita sbg anak pulak.. mmg dah tanggungjawab kita nak jaga org tua kita.. cakap senang la tp bila sendiri yg kena buat mula la nak berdalih.. mula la dtg rasa tk ikhlas terbeban segala.. kalau adik beradik ramai belum tentu ada sorng yg betul2 ikhlas nak berbakti kpd org tua.. harap2 sy tk menjadi salah sorng drpdnya..
Paling sy suka part anak2 kecil tu.. dalam tak sedar diorng ambil tauladan drpd tindakan makayah diorng.. Kalau baik lah tauladan yg diberi baik la kesan kepada anak2.. kalau tauladan yg tak elok, buruk la kesan kepada anak2.. kalau kita tk dapat nak jaga org tua kita, jgn mengharap la kan anak kita nak jaga kita bila kita tua kelak.. what goes around come around kan.. jadi betul la tindakan anak2 dia cakap mcm tu.. kalau makayah dia boleh buat mcm tu dia pun boleh buat jgk..
So parents di luar sana.. plis plis tunjuk tauladan yg betul kepada anak anda.. Konklusinya, ibubapa jgn sekali2 bersikap pilih kasih antara anak2.. anak yg paling kita syg tak semestinya akan jadi anak yg bertanggungjawab.. jgn buat anak berkecil hati dgn sikap kita.. anak yg baik dia tk simpan dalam hati tp anak yg berdendam sampai bila2 dia akan ingat.. kalau ada harta sekangkang kera bahagi la sama byk di kalangan anak2.. jgn ada anak yg dpt ada yg tak dapat, kerana harta juga boleh buat satu keluarga berpecah belah.. akhir sekali penting nya hubungan mesra di kalangan ahli keluarga.. hubungan mesra takkan wujud serta merta, ia perlu disemai dr si anak kecil hinggalah besar.. sama2 la kita renung2 kan..
Sedikit informasi..
Selalunya bila nak comment word verfication akan keluar kat atas tu.. kalau tk keluar jgn panic ye.. masih boleh comment jgk.. cara nya comment mcm biasa.. kalau kena isi usernama ngan password isi saje.. mcm mana nak isi word verification kalau gambar tk keluar.. bahagian tu tinggalkan kosong dulu.. lepas isi apa yg patut.. terus tekan sumbit.. nnt dia akan bgtau word verification perlu diisi.. masa ni gambar akan keluar.. boleh la kita isi tempat word verification.. selalu nya sampai sini kena isi password balik.. selamat berkomentar ye..
Wednesday, December 1, 2010
Bersiaran dari kampung..
Dah seminggu upa nya sy kat Kelantan ni.. dah seminggu jgk la blog tk ter update.. bkn nya takde internet tp mood saja tiada.. hari ni dr pagi dok hujan.. alih2 petang ni panas pulak.. musim2 hujan ni nak bergerak ke mana2 pun malas.. lepak rumah saje.. tp sebenar nya sbb en husband tiada.. dia kerja kat Kerteh.. sy ngan Balqis kena tinggal kat rumah Tokma.. esok en husband balik br boleh mengatur dia nak pergi sana sini.. yg penting Mee Pok San belum makan lg.. ptg ni kalau tk hujan mau terjah pegi pasar malam kat Pasir Mas.. rindu oh mau jalan2 di pasar malam.. kat Labuan mana merasa ada pasar malam..
Tgh2 excited menghitung masa en husband nak balik, tiba2 dpt berita plant problem la pulak.. bila problem, possibility utk balik tu sgt la nipis senipis kulit bawang.. kalau ikut kan plan, esok en husband balik.. pastu hari Sabtu sy ikut dia pergi Kerteh.. homestay dah siap book utk 5 hari 4 malam.. nanti sy nak pegi lapor diri kat sekolah baru.. pastu nak cari rumah sewa area2 dkt dgn sekolah.. bila dah jd macam ni, rasa mcm rosak la plan.. Hai lah.. boring nya lah cuti2 dok kat rumah je..