Saturday, October 22, 2011

Menyusahkan org saje..

Terkejut ngan kes pecah rumah jiran sy tk abis lg.. tup2 hari Rabu minggu lepas en husband bgtau ada sebuah rumah lg kena pecah masuk.. rumah selang sebuah dr rumah sy.. dalam masa seminggu ada dua buah rumah kena pecah masuk.. dalam kawasan perumahan yg sama!.. nak kata org yg sama buat kerja bodoh ni tp modus operandi nya berbeza.. tapi dua2 hilang benda yg lebih kurang sama.. laptop + emas + cash.. dan suspek utamanya mesti lah penagih dadah..

Benci sungguh bila teringat puak2 menyusahkan hidup org ni.. dah la menyusahkan mak bapak sebab tk jadi org.. pastu nak menyusahkan hidup org lain sekali yg takde kena mengena ngan dia.. kalau dia pecah masuk just ambil barang2 yg mana ada je takde la sakit hati sgt.. ni siap lembang abis baju2 lam almari.. dah la satu hal nak baiki rumah yg rosak kena pedajal, nak kemas rumah lg.. bangang mmg bangang.. makin menjadi2 pulak kes pecah rumah kat sini..

Dahla malam kejadian tu en husband kerja malam.. Hari ni dia bgtau kena kerja malam lg.. mesti la mendapat bantahan sekeras2 nya dr sy.. Walaupun dia aim kat rumah yg takde org.. mana la tahu kan pasni sbb terdesak sgt dia aim rumah yg takde lelaki pulak.. minta dijauhkan la benda2 mcm ni.. polis syak keja org2 yg berhampiran jgk..

Sunday, October 16, 2011

Mata adalah mengantuk..

Kebetulan hari ni byk masa free.. kelas ada waktu pagi ngan waktu nak balik je.. kalau lah sekolah ni boleh dibuat mcm sekolah sendiri.. dah lama sy balik rumah tido.. dtg balik bila kelas akhir je.. tp apakan daya sekolah ni bukan sy yg punya.. buat keja itu ini, keja tertunggak, keja nak esok, keja nak sebelum cuti sekolah.. mata adalah sgt mengantuk.. rasa macam digam2 kelopak mata..

Semalam sampai rumah kol 1.00 am.. En husband nak jugak balik kampung makan durian.. balik petang Khamis.. lepas Mahgrib semalam baru bertolak balik ke Kerteh.. kemas2 barang kol 1.30 am br tido.. since sy dah tido banyak dalam kereta.. susah la sy nak lelapkan mata.. baru nak tertido.. cik Balqis terjaga nak gi toilet.. baru nak tido balik.. cik Balqis request nak tido ngan ibu.. sedar2 sudah pukol 6.00 am.. rasa sekejap saje masa terlelap..

Pastu masa makan kat kantin ni.. kawan sy merangkap jiran rumah sy.. bgtau rumah jiran sebelah rumah dia kena pecah masuk.. ni la benda paling tak best utk didengar.. padahal keliling rumah tu ada rumah.. sempat lg penyangak tu buat keja.. kawan sy mmg tk dgr apa2.. sedar2 bila esok nya jiran belakang rumah dia nampak kesan umpil kat tingkap dapur.. senang je kan org jahat buat kerja.. org lain yg bersusah payah cari rezeki kumpul harta, sekelip mata penyagak tu ambil.. Sebelum ni rasa selamat je kawasan rumah sy tu.. tk pernah lg dengar kes pecah rumah.. tuan rumah masa tu balik kampung.. sy pun balik kampung.. Alhamdulillah Allah lindungi kami sekeluarga.. lepas ni kena ambil langkah berjaga2 yg lebih drastik la.. geram betul bila teringat dekat org2 yg suka menyusahkan org lain ni..

Sunday, October 9, 2011

Leceh jugak rupanya..

Kami cadangnya nak sewakan rumah kat Dungun.. sebab tak berhajat lg nak pindah ke Dungun lam masa terdekat.. drpd dok biar kosong baik la cari penyewa.. En husband nak bagi sewa kat budak2 ipta area tu.. rumah tu dekat la jgk ngan politeknik n uitm.. Priority diberi kepada student perempuan.. nak dalam 10 org.. lepas buat iklan lam mudah.my ada la dpt call bertanya kan pasal rumah.. ada yg family ada yg student.. student la sume lelaki..

Last week ada student perempuan call tanya rumah.. Ingatkan dia la nak sewanya.. tp untuk member lelaki dia la pulak.. lepas bincang2 ok la bagi sewa dekat student lelaki.. yg tak best nya perempuan ni la pulak yg jadi org tengah nya.. asal pulak budak2 lelaki tu taknak berurusan sendiri.. sy dah bising2 kat en husband jgn berurusan dgn org tengah.. diorang siap nak bayar sewa untuk satu semester tp melalui perempuan tu la.. mana boleh kan.. nak la jgk kami jumpa budak2 yg nk menyewa tu sebelum bg kunci rumah.. nk tgk rupa mcm mana dulu.. nak bagi syarat lagi..

Jadi decide nak jumpa semalam, hari Sabtu kat rumah Dungun.. janji kol 5.00 pm.. kami sampai kol 5.15 pm diorng belum sampai.. kata nya on the way dah.. ok la tunggu je la.. pastu dekat kol 6.00 pm kata dah sampai kat petronas dekat simpang rumah.. siap bg direction sume.. dr petronas tu nak ke rumah tk sampai 5 minit pon.. tunggu punya tunggu kol 6.00 pm pon tk nampak batang hidung.. sy dah berasap dah.. tk suka la janji lain buat lain ni.. drpd cerita budak perempuan tu diorng desperate nak cari rumah sewa.. tp gaya mcm tk desperate mana.. sepanjang kami menunggu tu en husband la call dia 2-3 kali tanya duduk mana.. takde pon kata nak call mintak maaf lambat sikit ke apa.. dah tau janji nak jumpa kol 5, kol 6 still tk sampai2.. at least call la mintak kami tunggu sikit lg..

En husband bg masa sampai kol 6.oo pm je.. kalo tk sampai jugak mmg kansel la nak bg sewa.. belum apa2 lg dah tunjuk masalah.. kol 6.00 pm kami siap2 nak balik dah tu pon saje buat2 lambat.. 6.15 pm kami masih kat rumah tu mana la tahu diorang sampai ke apa.. sebelum nak balik dapat satu call lg tanya pasal rumah.. kali ni family yg berminat.. lepas bagi harga kakak tu kata nak diskas ngan husband dia dulu.. ok la.. kami pon macam dah tawar hati nak bg sewa kat students.. baik bg kat family je.. elok je lepas kakak tu call, budak perempuan tu pulak yg call tanya rumah kat mana.. tak ke sakit hati.. punya la lama kami menunggu br nak tanya rumah kat mana.. yg tadi bg direction entah kat mana2 diorg duduk.. tak kisah la kan kalau diorng betul2 lambat ada masalah ke apa.. tp buat la ngan cara betul.. terus en husband cakap kami nak balik dah.. tak jd bagi sewa.. n terus letak telefon.. puas hati.. sekarang tgh tunggu kakak tu wat keputusan.. semalam dia call lg cakap berminat ngan rumah tu.. kalau ada rezeki dapat la kakak tu sekeluarga duduk rumah tu..

Susah rupanya nak cari penyewa rumah ni.. kalau dapat penyewa yg bagus Alhamdulillah.. tapi kalau dapat penyewa yg bermasalah boleh bikin sakit kepala..

Saturday, October 8, 2011

Jiran punya cerita..

Susah hidup berjiran kalau jenis yg tk boleh fikir yg mana elok yg mana tak elok.. Jiran2 sekeliling rumah sy sume nya ok.. tak sombong.. tp jiran kembar rumah sy ni ada masalah pengurusan sampah la.. selalu sgt la sampah sarap dari rumah dia terbang masuk lam longkang belakang rumah sy.. dulu sy tk utilize kawasan belakang rumah sy.. bukak pintu dapur just untuk basuh baju je sbb mesin basuh kat luar.. tiap kali nak basuh baju tgk ada sampah dalam longkang hati adalah sakit..

Pastu bila en husband ngan ayah sy siapkan paving belakang rumah, longkang belakang kasi tutup dengan simen, selalu la sy keluar masuk pintu dapur sbb ampaian sy dah letak kat belakang.. yg sy perasan, jiran sebelah ni suka sgt tinggalkan sampah kat belakang rumah dia.. mungkin sampah dah penuh nak senangkan kerja dia letak kat luar sekejap.. masalahnya selalu la sgt kucing2 liar dtg buat sepah plastik sampah dia.. bukan sekali dua tp dah berkali2.. mmg la yg bersepah kawasan rumah dia.. tp sebagai jiran kembar.. sy pulak yg tumpang sakit mata tgk sampah bersepah.. dengan lalat nya lagi..

Tapi hari ni la yg paling over nya..bukan setakat sisa2 makanan.. siap ada pampers bersama dengan poo nya lg.. bukan la niat nak menjoyah dok perati sampah org.. tp kalau dah jarak nya sedepa je ngan mesin basuh rumah sy, mesti la tertgk kan.. last2 sy suruh en husband cover pagar rumah dgn banner.. loya ok ternampak sisa2 sampah camtu.. yg jiran sy tu pon satu hal.. dah tahu kucing suka selerak kan sampah diletak nya juga kat situ.. apa salah nya letak kat depan.. bila nak keluar jalan2 ke apa.. nampak la sikit plastik sampah yg nak kena buang.. takkan la benda2 simple gini pun nak kena tegur jugek.. kalau ditegur maunya ada yg tak bertegur sapa lak..


Monday, October 3, 2011

Quilt punya pasal..

Hari Jumaat hari tu pegi Kuantan service kereta.. alang2 sampai Kuantan mesti singgah ke mall sampai ke mlm.. salu pegi East Cost Mall tp hari tu rasa nak pegi Megamall pulak sbb selalunya ECM penuh dgn umat manusia.. Megamall lak lengang je.. tp hari tu silap perhitungan lak.. punya la ramai org kat Megamall.. selalu dapat parking betul2 main entrance.. hr tu tk dapat la.. rupanya ada IT fair ke apa.. patut la ramai org..

Niat di hati nak beli bedsheet baru.. bila bedsheet br nak pulak comforter set baru.. tp choice yg ada sgt la tak cantik.. lansung takde selera nak beli.. design yg cantik ada utk quilt set je.. kalo beli set yg tu kena beli quilt nye pulak lak.. lepas fikir2 utk jangka masa pjg sy pon beli yg quilt set walaupum en husband tk berapa nak setuju.. quilt tu pulak sy lansung terlupa nak chcek ketebalan dia.. yg sy tau dia anti dust..

Sekali kat rumah bile nak pasang sarung quilt tu punya la seksa.. dah la tebal pastu besar pulak.. sebelum ni pasang yg Balqis nya senang je.. senang la sbb nipis n single size.. naseb en husband tkde kat rumah masa tu.. kalo tk mau nya dia keluarkan ayat dia dah kata jgn beli.. berpeluh jgk la nak pasang sarung quilt.. pasni nak salin sarung quilt kompem pk 14 kali..