Monday, June 30, 2014

Mencari Damai Hati Di Baitullah..

Sebenarnya plan nak menunaikan umrah dah lama.. sebelum ni kalau ajak en husband gi holiday oversea mesti dia taknak sebab katanya kena gi umrah dulu.. baru boleh nak gi tempat lain.. plan asal nya mmg nak pergi tahun ni.. tapi bila sy mengandung tahun lepas.. plan adalah sikit terganggu sbb sy taknak gi masa mengandung.. sbb sy takut kalau tak ambil vaccine tu.. padahal org lain pergi ok je..terpaksa wat replan.. bila dah bersalin bulan 7 kena tunggu baby besar pulak paling2 umo 2 tahun br bleh tinggal.. nampak mcm makin lama lg baru boleh pergi buat umrah..

Tapi sehebat mana pon kita merancang, Allah juga lah yg menentukan sbb sehebat2 perancang adalah Allah SWT. Ditakdirkan Allah sy keguguran semasa kandungan 5 bulan.. hari pertama gugur tu jgk sy n suami decide nak menunaikan umrah..bermula la misi mencari agen yang berkenan di hati.. since sy pilih nak pegi masa cuti sekolah n sedikit lambat.. decide nak pegi akhir bulan 2.. nak pegi akhir bulan 5.. cuti sekolah pulak.. kebanyakan travel agent yg kami contact semua dah penuh.. kalau ada pon tak kena dgn tarikh yang sy nak.. kalau boleh sy taknak terkena waktu sekolah.. kami cikgu payah nak mohon cuti pergi umrah.. 

Lepas fikir panjang.. kami decide utk ambil travel agent ni.. BAHRULMAZI . Date pon terpaksa ambil yang ngam2 lam cuti sekolah.. which is lepas balik terpaksa cuti rehat 2 hari utk rehat.. pastu suami cdg nak bawak mak n ayah dia sekali pergi umrah.. nak tunggu diorng nya decision ambik masa lagi 2-3 hari.. Nak dijadikan rezeki kami.. TA call kata ada slot baru dibuka betul2 kena ngan tarikh yang sy nak.. Allahuakbar.. mmg perjalanan kami kali ni dipermudahkan Allah.. lepas fikir panjang mak n ayah mentua setuju nak ikut.. lam masa dua bulan.. kami kena sediakan segala dokumen yang diperlukan..

First step.. ambil vaccine meningitis kat klinik.. pastu submit ke TA beserta dokumen yg diperlukan untuk submit visa.. Dekat2 nak pegi tu.. timbul pulak cerita banyak visa kena sekat ngan Arab Saudi.. satunya sbb penyakit MERS.. satu lagi mungkin sbb nak dekat musim haji.. Arab Saudi nak kontrol kemasukan jemaah.. Alhamdulillah visa kami lepas takde masalah.. Bermula la perjalanan kami mencari redha Allah di tanah suci pada 31 Mei 2014 - 11 Jun 2014.. 

0 comments:

Post a Comment