Friday, November 19, 2010

Hari-hari terakhir di sekolah..

Sehari sebelum raya Haji ari tu sy ada msg cikgu Balqis.. Sy nak bawak kek hari Khamis sempena last day Balqis kat taska dia.. sekali bila check balik msg tu, rupa nya sy tertinggal perkataan last day tu.. Jadi hari Khamis tu bila sy bawak kek, bgtau hari ni Balqis dah last day.. terkejut la diorng.. mcm mengejut je bgtau.. Jd hari tu sy bawak kek ngan goody bag srg satu utk kawan2 Balqis.. farewell party la tu kononnya..

Balqis potong kek dgn cikgu dia.. yg berdiri tu pembantu taska..

Balqis ngan kawan2..

Balqis ngan cikgu2..

Masa nak balik tadi sy pulak yg rasa sedih nya.. yang Balqis nya cam tiada perasaan.. boleh ke sy jumpa taska yg sebagus ni kat sana.. byk yg Balqis belajar drpd taska ni walopon sekejap je dia masuk..

Hari Khamis yg sama jugak ada jamuan akhir tahun kat sekolah sy sempena majlis perpisahan jgk la.. tp boleh pulak sy lansung tak ambil gambar.. terima kasih kepada kelab guru sbb hadiahkan sy jam tangan.. sungguh sy suka.. jadi hari ni secara rasminya sy meninggalkan SK Kerupang.. sedih nya rasa sbb byk kenangan kat sekolah tu.. pastu surrounding pulak bagus.. harap2 kat sekolah br nanti sy dapat surrounding yg bagus jugak..

0 comments:

Post a Comment