Ni la kenderaan pertama kitorang kat Labuan.. mana2 pergi naik motor ni la.. Pastu selalu jgk la sy buat lawak suh en husband bawak motor slow2 sbb lam perut ada baby.. sekali betul2 sy pregnant.. lepas tu br la en husband gigih belikan kereta..
Bila org tanya apa yg menarik kat Labuan.. tanpa was2 sy akan jawab takda yg menarik.. takat kereta murah, coklat murah takda la menarik sgt kot.. 4 tahun duduk Labuan mmg boring.. kenapa boring.. sbb Labuan tiada tempat menarik yg boleh dituju.. asal hujung minggu je sume la pakat pegi Ujana Kewangan tu.. pegi Sabah mmg best tp takda nya tiap2 minggu nak ke Sabah.. kena fikir tambang feri lg.. hotel lg.. Barang2 dapur kat sini pun sgt la mahalnya.. Dalam tak best Labuan ni ada jgk la yg best nya.. satu nya Labuan tiada jam.. pegi la mana2 pun, paling maximum 20 minit mesti sampai.. pastu kadar jenayah kat sini masih di tahap minimum.. kalau pergi kedai leh dgn suka hati nya tinggal kereta tanpa mati enjin.. tempat lain boleh? Alhamdulillah jgk la sepanjang duduk berdua ngan Balqis ni tiada kes pecah rumah.. Mat rempit pun tiada sgt di Labuan.. mungkin sbb jalan kat sini tak sesuai utk merempit..
Lepas ni sy akan jadi warga Kerteh pula.. Semoga sy selamat di tempat baru, suasana baru.. Goodbye Labuan..
0 comments:
Post a Comment