Friday, April 22, 2016

Trip to Perth Day 4 dan 5..

Plan asal nak pegi hari ke tiga..lepas tgk ramalam cuaca hari ni sejuk sikit.. jd elok lah sbb Pinnacles ni kawasan pantai yg membentuk jd padang pasir.. mcm biasa lepas bersiap2 ngan makan bekpes kat homestay, baru bertolak.. bekal lunch tak lupa.. ni yang seronoknya gi travel ramai2.. sbb nanti ada yang rajin buatkan bekpes,. bekal lunch..

Perjalanan ambil masa hampir 3 jam.. jalan freeway je n lurus.. kalau ngantuk ada je tempat boleh berhenti.. tp nak tgk rnr mcm kat Malaysia mmg takde la.. 


 Namburg National Park.. fee 12AUD per car kalau tak silap..




 Pinnacles.. kawasan batu2 berdiri yang terbentuk secara semulajadi.. en husband kata dulu ni kawasan pantai.. Balqis n Faiq suka sgt kat sini.. sebab boleh lari2 dan panjat2.. lepas dah jenuh memanjat baru perasan ada signboard kata dilarang memanjat.. kami kat sini tak lama sebab anak sedara tak sihat.. lepas abis tour ngan kereta kawasan Pinnacles ni, kami ke atas sikit nak pergi Lobster Shack.. 


tapau lobster.. cari port utk makan lunch..  mmg tk susah cari port utk makan.. kalau jumpa tempat parking caravan lg bgs.. sebab semua kemudahan ada..
tmpat strategik.. dekat dgn caravan site.. tepi tu kemudahan tmpt memasak.. pili air ada.. taman kanak2 ada.. n budak2 enjoy bagi makan kat burung2 tepi tu.. kalau nak solat pon boleh kat sini..

dah selesai semua urusan.. baru kami bergerak turun semula menghala ke Lancelin.. agak lambat sebenarnya kami bertolak... jd sampai kawasan sand boarding ni pukul 4.. board tu boleh sewa kat kedai.. n kedai tu pulak tutup pukul 5.. jd tak lama kami dpt main pasir.. tp rasanya kalau lama pon tk larat rasanya nak naik turun pasir tu..

 Balqis paling enjoy.. dia je yang rajin naik turun byk kali.. ibu surrender 2 kali je.. Faiq naik rajin tp tak berani nak turun pakai board.. Alhamdulillah cuaca tak panas.. 

 
Sayup2 je nampak org kat bawah..

Dekat2 pukul 5 kami keluar hantar board tu.. mmg kedai tu tgh bersiap nak tutup.. tak lewat seminit kedai2 ni tutup.. kalau kita kat Malaysia.. selagi ada pelanggan selagi tu la bukak kedai nya..lepas tu bertolak balik ke homestay.. otw singgah Canning Vale.. ni mcm bandar universiti dia kot.. cantik2 sgt bangunan kat sini.. 

Malam ni mmg plan nak makan kat luar.. naseb baik ada en husband ada borak ngan student Malaysia masa kat Fremantle.. dia yg bg itinery ke Pinnacles ni.. malam tu dia suruh pergi makan kat Charcoal Chikecn Dianella.. kitorng yg dgr ni mcm kedai apa tu.. halal ke.. tp pergi jgk la sbb adik tu kata sedap..

Sampai kedai br la lega.. tgk macam kedai nasi Arab.. n jelas dia pamer kedai tu kedai halal..owner pon org Islam.. makanan mmg sedap yg amat.. teringat2 lg lamb dia.. very recommended.. selesai makan malam.. terus balik homestay.. siap2 n tido..

Last day kat Perth.. lepas siap kemas rumah.. homestay kena kemas balik seperti asal.. kalau tak nanti tak dpt semula duit cagaran.. kami singgah semula kat kedai Uncle Simon yg kat bandar sbb ada lagi souvenior yg tak cukup.. nanti bila jumpa Uncle Simon kat Fremantle.. ambil siap2 no hp dia in case nak dtg lg kedai dia kat bandar..


Kedai Uncle Simon sebelah kanan tu.. kami sampai kedai masih tutup.. dalam kol 11.30 gitu kami bertolak ke airpot sbb kereta kena pulangkan sebelum kol 12t/hari.. sampai airport baru perasan tablet tertinggal kat homestay.. kesal betul sbb cuai.. lepas check in semua.. en husband ambil teksi pergi semula homestay.. elok je ada celah katil.. naseb baik homestay dekat je.. tapi tambang teksi mahal yg amat..


Flight balik pukul 3 pm.. alhamdulillah seronok sgt trip ke Perth ni.. semoga mak ayah sy sihat sebab dah ada next plan ngan diorng.. 







0 comments:

Post a Comment