Sunday, March 27, 2011

Pampers free..

Ni sekadar rekod utk rujukan di masa hadapan.. sy sebenarnya agak menyesal sbb malas nak merekod perkembangan balqis masa bayi.. bila dah besar br gigih nk recall balik.. sah2 la kan tk ingat.. balqis berjaya toilet train masa umo dia 2 thn 8 bln.. tak tau la umo standard brp.. pd sy semua bergantung kpd kesungguhan parents nk toilet train anak dia.. mcm sy yg sedikit tk bersungguh ni.. umo gitu dah cukup membanggakan..


dulu bila org tanya bila nk ajar anak pergi toilet.. jawapan sy sungguh la senang.. tunggu dia besar tau la dia geli nk membuang dlm pampers.. pastu saiz balqis kan besar kalau nak dibanding ngan umo dia.. bila keluar jln2 tu.. rasa mcm dipandang serong pulak.. anak dah besar tp still pakai pampers.. walhal umo br 2 thn lebih.. sampai la kakak ipar sy bgtau dia dah start train anak dia.. umo diorng beza 2 bln je.. anak kakak ipar bln 6.. balqis bln 8.. br la sy ada kegigihan sket nak toilet train balqis..


selepas bekerja keras beberapa bulan.. balqis berjaya bebas dr pakai pampers sepenuhnya pd umo 3 thn 4 bln.. mlm pun tk perlu pakai pampers.. oh senang hati.. resepi kejayaan nya sgt la mudah.. ibu kena la mempunyai kesabaran dan kerajinan di tahap maksima.. sabar nak pujuk dia ke toilet tiap2 lima minit.. sabar bila dia terkencing kat ruang tamu.. rajin nak cuci lantai basah..balqis dulu pun byk kali gak la terbabas kat depan tv.. dah la masa tu en husband dah pindah balik semenanjung.. sorng2 la lap lantai nya.. kot en husband ada leh gak gilir2 cuci lantai..


bila dah masuk rumah baru kat kerteh, sy sediakan balqis bilik sendiri sbb nk ajar dia tido sorng.. mula2 nampak mcm misi mustahil je.. mula2 dia terkencing atas katil bilik sy, sy reject dia tido kat bawah.. kat bawah pon sama sy reject dia tido bilik dia sendiri.. sbb rasa berslh dia ikut je.. sedar tk sedar dua misi sy berjaya.. satu nak dia tido bilik sendiri..dua taknak dia pakai pampers lg.. tahniah untuk ibu dan balqis..

0 comments:

Post a Comment