Tuesday, March 22, 2011

Mimpi ngeri..

Baru hari ni ada kesempatan nak bercerita.. sepanjang duduk kerteh 3 bln ni, dah dua kali kereta kami hampir2 terlibat dgn kemalangan.. kali pertama masa nak balik ke Kelantan.. dalam pukul 9 mlm kot.. masa tu kat atas jambatan kat Kuala Terengganu.. jambatan tu ada 4 lane.. en husband biasa la mesti bawak kereta kat lane laju.. kebetulan masa tu sy duduk seat belakang dgn balqis.. tiba2 je dgr benda berlanggar pastu en husband mcm nak mengelak benda.. sy ingt kan en husband dah terlanggar benda.. pastu br dia bgtau ada kereta dr arah bertentangan terbabas.. betul2 menghala ke kereta kitorng.. mujur ada penghadang jln kat tgh2 tu.. kalau tak mmg selamat la kereta tu rempuh kereta kitorang.. en husband terkejut sbb dia nampak kereta tu menghala ke arah kami..
kali kedua pulak masa kat highway karak.. lam pukul 6 ptg kot.. masa tu hujan sgt lebat.. tau2 je la highway karak mcm mana.. kali ni en husband bawak kereta lane kiri.. pastu tiba2 ada pajero kat sebelah lane kitorang terbalik betul2 kat sebelah kereta kami.. kali ni sy duduk depan.. mmg nampak sebiji2 la mcm mana kereta tu terbalik.. mcm mana la nasib org dalam kereta tu.. dah la kereta terbalik dkt lane laju.. hujan lebat pulak tu.. harap2 takda la kereta dr belakang terlanggar.. kitorng mmg tak berhenti la sbb tk nk ambik risiko berhenti kat tgh2 highway masa hujan lebat..
syukur Alhamdulillah la lam dua2 kejadian kami tak kena apa2.. tk boleh byg kalau pajero tu terbalik masuk lane kami.. sbb tu sy sgt takut kalau naik kereta nak jalan jauh.. kalau bukan sbb kita, sbb org lain pon boleh terlibat dgn kemalangan.. kita bawak berhati2 pon, kalau kereta lain yg terbabas dtg rempuh kita.. tk boleh buat apa jgk.. berhati2 lah kita di atas jln raya..

0 comments:

Post a Comment