Thursday, December 2, 2010

Sayangi Orang Tua Kita



Taktau nak mula tulis macam mana.. apa yg berlaku lam keluarga sy skrg betul2 mengganggu fikiran sy.. tk perlu nak cerita detail la kan sbb tu masalah keluarga.. Tiba2 teringat kat iklan raya petronas dulu.. cuba letak diri kita kat tempat org tua tu.. apa la perasaan kita ye bila anak2 tak ikhlas nak jaga kita bila kita tua.. semua kita buat tak kena.. kehadiran kita tu seolah2 menjadi bebanan kepada anak2.. tu kita masih sihat boleh berdiri duduk bagai.. cuba kalau dah terlantar tk boleh bgn.. macam mana la pulak layanan anak2.. gerun sy bila fikir..

Sekarang cuba letak diri kita sbg anak pulak.. mmg dah tanggungjawab kita nak jaga org tua kita.. cakap senang la tp bila sendiri yg kena buat mula la nak berdalih.. mula la dtg rasa tk ikhlas terbeban segala.. kalau adik beradik ramai belum tentu ada sorng yg betul2 ikhlas nak berbakti kpd org tua.. harap2 sy tk menjadi salah sorng drpdnya..

Paling sy suka part anak2 kecil tu.. dalam tak sedar diorng ambil tauladan drpd tindakan makayah diorng.. Kalau baik lah tauladan yg diberi baik la kesan kepada anak2.. kalau tauladan yg tak elok, buruk la kesan kepada anak2.. kalau kita tk dapat nak jaga org tua kita, jgn mengharap la kan anak kita nak jaga kita bila kita tua kelak.. what goes around come around kan.. jadi betul la tindakan anak2 dia cakap mcm tu.. kalau makayah dia boleh buat mcm tu dia pun boleh buat jgk..

So parents di luar sana.. plis plis tunjuk tauladan yg betul kepada anak anda.. Konklusinya, ibubapa jgn sekali2 bersikap pilih kasih antara anak2.. anak yg paling kita syg tak semestinya akan jadi anak yg bertanggungjawab.. jgn buat anak berkecil hati dgn sikap kita.. anak yg baik dia tk simpan dalam hati tp anak yg berdendam sampai bila2 dia akan ingat.. kalau ada harta sekangkang kera bahagi la sama byk di kalangan anak2.. jgn ada anak yg dpt ada yg tak dapat, kerana harta juga boleh buat satu keluarga berpecah belah.. akhir sekali penting nya hubungan mesra di kalangan ahli keluarga.. hubungan mesra takkan wujud serta merta, ia perlu disemai dr si anak kecil hinggalah besar.. sama2 la kita renung2 kan..

0 comments:

Post a Comment