Monday, April 20, 2015

Prolonged jaundice..

Harini br berkesempatan update pasal jaundice Aniq.. rata2 baby yang lahir skrg akan ada jaundice.. cuma tinggal lg tinggi ke rendah je bacaan.. n cepat ke lambat je hilang.. masa Balqis, kena jgk siap warded 2 malam tp  lepas keluar ward, jaundice dah takde.. Faiq pulak takde tp Aniq ada..

Lepas keluar labor room kan, Aniq tido je mamanjang walaupun sy dh kejut, dh geletek, dah sua susu, dia tetaplah tido.. bila tanya doc yg round ward, baby sy ni kuning tak, dia kata tak, nak2 pulak darah sy jenis B.. insyaAllah takde kuning.. tp mungkin br hari pertama, kuning tk nampak lg..

Lepas bawak balik rumah,dtg mak bidan nak urut susu.. bila dia tgk baby, sibuk la suruh bagi susu formula sbb  nak elak kuning.. sy diam kan je la.. hari ke empat misi datang rumah, dia kata baby kuning.. pon sama gak suruh bg susu formula.. sy diamkan jgk.. pastu bwk baby gi klinik sebab nak cek bacaan kuning.. masa ni bacaan tk tinggi lam 180.. bila jumpa misi, misi suruh sy stop makan halia ngan lada hitam.. sbb benda tu panas.. tknak bg kuning makin tinggi.. sy yg naive ni ikut la..

Esoknya hari ke-5, misi dtg rumah lg.. yg ni lagi best.. suruh bagi susu formula satu hal.. siap cite mcm2 la pulak.. kuning boleh wat baby jd camtu la camni la.. kalo dgr serius boleh buat kita lemah semangat nak fully bf.. ayat taklih tahan sekali ialah dia lg sanggup bg susu formula drpd baby kuning.. bia la baby tak nyusu badan sepenuhnya.. mcm tk percaya pulak ayat tu leh keluar drpd mulut dia.. sy diamkan je la..

Hari ke-6 sy bawak baby gi klinik lg nak tgk bacaan naik ke trn.. sekali bacaan naik mendadak.. drpd 180 naik ke 300.. bila jumpa misi, sy tanya la betul ke nak kena bg susu formula ni.. dia boleh tanya sy balik.. sape suruh.. sama2 diorng pon boleh bercanggah maklumat.. misi yg ni ok.. dia suruh je sy proceed nyusu badan.. lg banyak bagi lg bgs.. sy perasan lps sy stop makan halia ngan lada hitam, baby dah tak berak hari2 which is tak bagus utk hilangkan kuning.. kuning hilang melalui berak dan kencing baby.. sebab tu kot bacaan naik mendadak sbb sebelum tu baby ok berak hari2..

Balik rumah, fikir punya fikir jom lah kita balik kota bharu.. at least kalau kena warded senang sikit.. en husband call paed kat kpj kota bharu, dia suruh bawak balik.. lam kol 3 gitu tolak la kitorng 2 kereta balik kota bharu.. sampai sana terus pegi hospital doc tahan warded.. kena duduk bawah lampu 2 malam.. nak keluar bacaan kuning lam 200.. doc pakar dah cakap baby ok..dia tgk pon tahu baby ok.. so balik ngan senang hati..

Hari ke-15, misi dtg rumah lg.. cakap baby masih kuning.. skrip yg sama diulang2.. so suruh kitorng pegi cek darah.. bwk pegi hospital jumpa paed, doc senyum je cakap baby ok.. sebab sy fully bf, so kuning slow sikit nk trn.. sbb kitorng risau paed ambil darah.. bacaan still 200.. tp doc cakap ok.. dia list out, simptom kalau ada kat baby yg patut kitorng risau.. satu, najis baby tak warna kuning, jd warna pucat.. dua, air kencing baby keruh dan tiga perut baby keras n buncit.. syukur semua tu takde kat Aniq..

Orang yg sgt risau selain drpd sy ialan mak sy.. semua org sibuk nak bg air anggur hitam la, susu kambing la.. mcm2 petua.. tp sy stick ngan nasihat doc.. proceed je bf.. yakinlah susu ibu adalah sebaik2 makanan utk baby..

Hari ke-20, sy bawak pegi klinik kesihatan utk cek darah.. nak monitor bacaan darah sebenarnya tp kalau dah pegi klinik saje menempah masalah la jwb nya.. mcm biasa misi ngan ayat2 nya yg menakutkan.. lepas cek, bacaan lam 200+, tk ingat brp tp masih 200.. beza cek darah kat klinik ngan hospital, kat klinik dia ambuk darah kat tumit, hospital ambik dr kapilari darah kat tangan.. bacaan yg tepat drpd kapilari darah.. misi suruh jumpa doc.. sy cabut lari sbb taknak dgr benda2 yg menakutkan.. biar lah sy percaya kat paed Aniq sorng.. mak sy cam bengang je ngan sy sbb sy lari balik..

Hari ke-34, pegi pulak klinik desa utk injection sebenarnya.. misi tgk baby, kata still ada kuning kat mata dia.. picit2 pon mcm ada kuning lg.. lagi sekali dengar cerita drpd misi.. sy dengar aje la.. tp misi ni ok.. bila sy bgtau paed kata gitu gini,, dia cam terima la.. takde la nak paksa sy gi ambik darah ke apa.. injection tk jd sebab sy request nak buat kat hospital..

Hari ke-37, appoinment jumpa paed.. paed senyum je tanya ada masalah apa? first question sy tanya.. baby kuning lg tak doc.. dia cek kata ok.. semua ok.. baru la lega semua org.. walaupun kat mata still ada kuning kat hujung mata, mungkin ambik masa nak hilang sepenuhnya..

So skrg baby nak masuk 3 bln, br la kuning kat mata dia hilang sepenuhnya.. Alhamdulillah.. walaupon kena cop degil ngan mak sy sbb taknak bg baby minum susu kambing, taknak bg air anggur hitam.. at least sy yakin ngan khasiat susu ibu.. hihihi

0 comments:

Post a Comment