Sunday, September 8, 2013

Perasaan adalah terganggu

Semalam tengah santai2 tgk fb.. terbaca status ni drpd sorang kawan lama..

Petua dipermudahkan untuk mendapat anak
1) perbanyakkan استغفر 
2) perbanyakkan sedekah
Yakinlah dengan Allah...bukan yakin dengan produk2 yang ada.Allah bagi secara PERCUMA tidak perlu bazirkan duit beratus2 pun.


Masa baca petua no 1 dan 2 sy sangatla bersetuju sambil berfikir2.. ada tak sy buat.. pastu baca lagi ayat seterusnya.. Yakinlah dengan Allah.. sy pon sgt setuju.. mestilah yakin dengan Allah sbb semua yang berlaku atas izin Allah.. pastu baca lagi ayat seterusnya.. la nak kondem org jual produk n org yang guna produk sekali ke.. terus perasaan adalah terganggu..

Pertamanya.. yang post status tu dah ada anak.. ada tak dia letak diri dia lam situasi org yang dah berumahtangga almost 10 thn tp belum ada rezeki nak timang anak.. sy pernah berada situasi yg hampir sama.. mengharap utk mengandung kali kedua tp belum diberi rezeki.. bila rasa sedih+kecewa cepat2 istighfar dan bersyukur sbb sy dah ada sorang.. macam2 usaha sy buat.. Alhamdulillah 3 tahun berusaha diberi rezeki sekali lagi oleh Allah utk mengandung.. Tk pernah terlintas dalam fikiran nak kata tu sebab produk tu produk ni.. sbb sy yakin semua yang berlaku adalah daripada Allah..kita berusaha Allah yang menentukan..

Pastu dek kerana tak puas hati sy reply komen.. patutnya tambah lagi ayat tu.. tak perlu la membazir duit beribu ringgit IUI dan sebagainya.. apalah sgt dengan duit ratus2 beli produk kan.. Kalau ikutkan pengetahuan sy yang tak sebarapa ni.. tak salah kita berusaha.. selagi tidak membelakangi agama.. betulkanlah sy jika sy salah.. ikhtiar mcm2 ikhtiar.. ada yg pergi berurut.. ada yg makan produk.. ada yg guna perubatan moden.. pendek kata berusahalah selagi mampu.. pastu tgh taip ni.. boleh terfikir.. ke dia dedicate status tu utk wife dia.. hehehe..

0 comments:

Post a Comment