Sunday, October 16, 2011

Mata adalah mengantuk..

Kebetulan hari ni byk masa free.. kelas ada waktu pagi ngan waktu nak balik je.. kalau lah sekolah ni boleh dibuat mcm sekolah sendiri.. dah lama sy balik rumah tido.. dtg balik bila kelas akhir je.. tp apakan daya sekolah ni bukan sy yg punya.. buat keja itu ini, keja tertunggak, keja nak esok, keja nak sebelum cuti sekolah.. mata adalah sgt mengantuk.. rasa macam digam2 kelopak mata..

Semalam sampai rumah kol 1.00 am.. En husband nak jugak balik kampung makan durian.. balik petang Khamis.. lepas Mahgrib semalam baru bertolak balik ke Kerteh.. kemas2 barang kol 1.30 am br tido.. since sy dah tido banyak dalam kereta.. susah la sy nak lelapkan mata.. baru nak tertido.. cik Balqis terjaga nak gi toilet.. baru nak tido balik.. cik Balqis request nak tido ngan ibu.. sedar2 sudah pukol 6.00 am.. rasa sekejap saje masa terlelap..

Pastu masa makan kat kantin ni.. kawan sy merangkap jiran rumah sy.. bgtau rumah jiran sebelah rumah dia kena pecah masuk.. ni la benda paling tak best utk didengar.. padahal keliling rumah tu ada rumah.. sempat lg penyangak tu buat keja.. kawan sy mmg tk dgr apa2.. sedar2 bila esok nya jiran belakang rumah dia nampak kesan umpil kat tingkap dapur.. senang je kan org jahat buat kerja.. org lain yg bersusah payah cari rezeki kumpul harta, sekelip mata penyagak tu ambil.. Sebelum ni rasa selamat je kawasan rumah sy tu.. tk pernah lg dengar kes pecah rumah.. tuan rumah masa tu balik kampung.. sy pun balik kampung.. Alhamdulillah Allah lindungi kami sekeluarga.. lepas ni kena ambil langkah berjaga2 yg lebih drastik la.. geram betul bila teringat dekat org2 yg suka menyusahkan org lain ni..

0 comments:

Post a Comment