Monday, September 19, 2011

Boleh caya ke..

Semalam sy buat open house + house warming.. First time la wat makan secara besar2an.. Kebetulan Petronas cuti hari Ahad sempena cuti Hari Malaysia, ramai la colleague en husband tk dapat dtg.. menu adalah nasi tomato ngan bihun goreng.. semua ditempah.. sy just tambah kek coklat, dadih, ayam goreng ngan tembikai saje.. kek coklat buat 2 biji tinggal separuh lg.. standard la kan bila orang dtg rumah mesti tanya masak sendiri ke.. bila jawab tempah.. orang tanya lg tempah kat mana dan sebagainya.. sy ok je mengaku sy tk reti + malas + tk larat nak masak byk.. overall sy happy ngan open house semalam sbb ramai org dtg.. dpt kenal wife kawan en husband dan paling penting dpt kenal jiran tetangga..

tapi hari ni dtg sorang ustazah ni dtg tanya sy sy order kat mana.. sy jawab mcm biasa.. bila sy sebut nama kedai tu boleh pulak ustazah ni wat muka terkejut.. pastu tanya sy selalu makan kat kedai tu ke.. husband sy selalu makan kat kedai tu ke.. sy dah agak dah mesti ada tk kena.. dia bgtau org kedai tu guna khadam sbg pekerja dia.. wat bantu dia masak.. mula2 sy ingat khadam tu mcm pekerja belah2 bangladesh ke apa.. pastu dia bgtau mcm ilmu ghaib la.. sy tk puas hati la kan.. sy tanya mcm mana dia tahu.. dia cakap ada org bgtau dia.. ok kes org ni bgtau org tu bgtau yg buat sy lomeh sket.. tp sbb dia ustazah kan.. sy berterima kasih la kan sbb tlg bgtau.. pasni tobat la tk pegi dah.. makanan lebih semalam tu pon mcm dah berkira2 nk buang je..

yg lg best tu ustazah ni bgtau ada ustaz nampak khadam tu sama naik masak nya dengan tuan kedai.. sy dah terbayang2 dah mcm mana benda tu masak sbb halimunan kan.. tkkan la periuk belanga tu gerak sendiri.. tk tercapai dek akal.. tak tahu la kan di zaman serba moden ni ada lg ke org guna khidmat ilmu ghaib gitu.. ala2 bela saka la pulak kan.. kalau takat guna ilmu pelaris tu biasa la jugak sy dengar.. pastu dia pon mula la list kedai tu ok kedai ni ok.. yg kelakar nya dia bgtau satu kedai ni guna ilmu pelaris tp sy tgk kedai tu tk laku pon.. cam mano tu.. pastu sy tanya satu kedai yg selalu sy makan ok tak.. dia jawab yg tu dia tatau..

Masa kat Labuan pon mcm tu jugak.. ada dgr org cakap kedai ni guna underwear la bubuh dalam sup sebab nk bg sedap.. yg bgtau tu pulak anak sedara kepada tokei kedai makan sebelah kedai makan yg kena fitnah tu.. betul ke tak betul tak tahu la..

Ok lepas ustazah tu bgtau sy mcm tu mesti la sy rasa tk sedap hati kan.. tak suka la dengar cite2 mcm ni..

0 comments:

Post a Comment