saje2 nak cerita aktiviti hujung minggu kami berdua.. gini la kalo dah berdua.. ke hulu ke hilir berdua.. at least ada la jgk kan aktiviti nak buat daripada terperuk je kat rumah.. hari Sabtu patutnya ada open house.. tp sbb sy nak pegi bandar n malas pulak ke bandar ngan baju kurung, jadi sy skip je la open house tu.. gi bandar beli barang sambil jalan2 cr pasal.. sampai Ujana tu gi bekpes roti canai dulu.. tu la rutin kami tiap2 hari Sabtu.. tempat yg sama..waktu sy sama.. lepas perut kenyang br pusing2 Ujana.. kesian kan org labuan ni.. tu je la tempat hiburan yg ada..
dak balqis yg dah kepenatan berjalan.. belasah je dia duduk berehat..sy paling risau kalau dia cakap dia dah penat jalan.. tak larat ibu nak dukung nak oi.. kalo ayah ada mesti ayah yg dukung.. naseb baik dah dkt nak balik tu br dia wat hal.. lepas tu singgah pasar.. sian dak kecik ni dah penat habis kena heret ngan ibu beli barang..
ni upah balqis untuk minggu ni .. tak sampai sehari beli dah patah.. geram2 budak kecik ni..
Hari Ahad pulak bekpes kat rumah sajok sbb kedai yg selalu pergi tu tutup di hari Ahad.. kalo bukak kompem la kami ke sana jgk.. selalunya tak hari Sabtu, hari Ahad mesti bekas pengasuh balqis mintak pinjam balqis.. weekend ni tkdek pulak dia telefon.. weekend ni Balqis dok ngan ibu je la.. kalo Balqis gi rumah bekas pengasuh hari Ahad leh ibu bersenang2 tgk Ugly Betty.. rosak program ibu.. hari ni pun keluar gi bandar lagi.. lepas gi beli barang (ada je la barang nak dibelinya sbb tiap kali gi kedai ada je la benda terlupa nak beli) singgah muzium marine tgk ikan.. sekali sekala bawak balqis gi bersosial.. pastu lepak2 depan muzium tu tgk kapal.. leh byg la kan lepak berdua ngan balqis mcm mana..
lepak2 sambil tgk org main jetski.. sambil tgk bot laju lalu lalang..
nampak tak ada org kat atas batu tu.. gigih nye la diorng mandi pantai kol 12 t/hari..
lam kol 1 pm, bila dah boring dok situ, kami pun berangkat la.. singgah tapau nasi ayam jap pastu trus balik rumah.. mcm ni la tiap2 kali hujung minggu sy..
0 comments:
Post a Comment