Dulu kalau en husband request nasi ayam mesti sy mngelat taknak buat sbb sy rasa leceh nak buat.. pastu aritu jumpa resepi simple.. bila cuba buat.. sedap sgt rasa dia.. so lps ni kalau en husband request boleh la buat sambil pejam mata.. hehe.. gambar takde sbb lps siap masak aritu seme org kelaparan.. takde sape nak ambikkan gamba..
Bahan2 untuk nasi ayam :
1. 2 ulas bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. 2 helai daun pandan
5. 1 kiub pati ayam
6. Sedikit butter
7. Sedikit serbuk kunyit
Bahan2 untuk sambal:
1. 1 cili besar
2. 7 ulas cili padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)
3. 1 biji tomato
4. 3 senduk air rebusan ayam
Bahan2 untuk perap ayam:
1. Kicap manis
2. Sos tiram
3. Madu
Sup ayam:
1. Air rebusan ayam tadi
2. Sup Bunjut
3. 1 kiub ayam
4. Sedikit garam
Cara2 nya mudah je.. mula2 rebus ayam.. agak2 ayam dah masak ketepikan.. pastu sediakan bahan utntuk masak nasi.. tumiskan bawang merah, putih dan halia guna butter.. pastu masukkan ke dalam periuk nasi.. masukkan bahan2 lain juga.. masak nasi seperti biasa.. untuk sambal pulak.. blend kan semua bahan.. kemudian masakkan di atas api sehingga pekat.. tambah la perasa garam gula untuk bg sedap.. perap ayam pastu goreng.. last sekali sediakan sup.. guna je air rebusan ayam td.. tambahkan semua bahan.. tadaa siapp.. lupa utk kicap.. sy ambil air rebusan sy campur kan dengan kicap.. semua benda guna air rebusan ayam.. senang kan..
2 comments:
senang dan sedap!
tu la.. mcm mano la dulu bulih ingat payoh nk buat nasi ayam.. hehe
Post a Comment