Wednesday, March 30, 2016

Resepi choc brownies simple lagi sedap..


Esok nak balik kampung so mlm ni gigih buatkan brownies 2 biji.. 1 untk my mom 1 utk my mil.. mak sy suka sgt makan brownies.. pernah cuba guna 2 resepi berlainan utk buat brownies.. n mak sy lg suka yang ni.. kurang manis katanya.. jd mari lock resepi brownies..

Bahan-bahan
300 g dark choc (Beryls)
100 g mentega (Anchor)
100 g gula perang
3 biji telur gred A
1 sudu esen vanilla
secubit garam
125 g tepung
choc chip

Cara2 nak buat pon senang je.. tak perlu pakai mixer pon.. mula cairkan choc n mentega dgn kaedah double boil.. bila dah cair.. tutup api.. masukkan gula perang.. gaul sampai sebati.. pecahkan telur sebiji2.. tak perlu kacau kuat.. sekadar bg pecah telur kuning.. tu kot kaedah utk dptkan kedut yg cantik atas brownies.. so kalau brownies kita takde kedut maknanya kita terlebih kacau..

pastu masukkan esen vanilla dan garam.. last sekali masukkan tepung.. ni pon tk perlu kacau kuat.. last sekali tabur la choc chip.. Balqis tak suka makan kacang2 jd tk boleh la nak letak kekacang atas/dalam tu.. bakar ngan temperature 160 deg selama 40 minit.. tiap kali potluck bawak ni je..

0 comments:

Post a Comment