Aniq lagi 12 hari nak masuk 4 bulan.. sebalum sy lupa2.. mari lah kita catat serba sedikit perkembangan Aniq @3 months.. Masa pergi injection 3 bln, misi ada tanya baby dah boleh buat apa.. sy ngan tulus nya jawab tk boleh buat apa2.. sy paham la maksud misi tu baby dah ada buat percubaan nak meniarap ke belum.. setakat ni belum lg.. cubaan pon belum ada.. so misi nasihat suruh stimulate baby utk meniarap.. baiklah..
Bila cakap2 ngan kakak, dia bgtau baby dia meniarap masa 3 bulan.. ok pantas tu.. jenuh recall Faiq dulu meniarap bila.. mesti la tak ingat.. pastu belek2 blog, naseb ada catat.. Faiq meniarap @5 months.. ok kemungkinan utk Aniq ikut jejak adalah tinggi.. kalau tgk kan body dia mmg lebih kurang je ngan Faiq.. berat Aniq masa 3 bln setengah adalah 7.5kg.. kuss semangat..
Alhamdulillah masih menyusu ibu sepenuhnya.. Harap2 dapat la diteruskan sampai 2 thn.. masa tido dia pon teratur.. cuma kadang2 siang hari tido sekejap2.. pastu pandai mintak peluk.. tgh tido tiba2 dia nangis.. kita gi peluk sambil ulik2 sikit, dia sambung tido semula.. kita tau dia nak susu bila semua tangan dia nak sumbat lam mulut.. bila lambat sangat bg susu br dia meraung.. kalau tiba2 dia meraung, tu maknanya mintak angkat..
Lagi 2 minggu cukup 4 bln.. maknanya cuti sy pon tinggal lg 2 minggu.. pasni nak kena antar taska.. harap2 penjaga taska boleh la jaga n syg Aniq..
0 comments:
Post a Comment