Sunday, May 6, 2012

Faiq 2 months

Alhamdulillah.. Faiq membesar dengan sihat.. Sedar2 dah 2 bln setengah.. Waa maknanya cuti sy tinggal lg 2 minggu.. Mcm mana nak tinggal Faiq rumah pengasuh ni.. Terpaksa ajar dia minum botol semula.. Harap2 minggu depan sy rajin la nak pump susu.. Perkembangan faiq setakat ni dia dah pandai senyum.. Pantang tgk dia mesti dia senyum.. Mulut pun dah bising nak bercakap.. Pandai buat bunyi aaa ooo dengan mulut bulat muncung2.. Hailah baby.. Kenapa la comel sgt.. Sarung tangan pun dah boleh bukak masa umo 2 bln 10 hari.. Sebelum ni dah bukak tp ayah bising kata faiq cakar muka.. Kalau ikutkan sy bia je la dia cakar muka.. Nanti2 tahu la dia sakit cakar muka.. Lagipon calar tu kejap je hilang.. Skrng dah ok dah.. Takde cakar sgt..

Tidur malam pon dah ok.. Standard dia tido pukul 12.30 am.. Time meragam pernah la jgk cecah 2.00 am sekali.. Pastu bgn bila hari dah cerah.. Kadang2 time ayah ngan kakak sibuk bersiap time tu la dia pun sibuk bgn jgk..Dah boleh tido atas katil.. Sebelum ni kena tidur atas rocker baru dia tido lena.. Sekarang siap selimut sekali ngan sy.. Siang hari boleh tinggal dia sorang2 kejap sementara sy mandi, masak, jemur kain.. Takde la kalau dia tk tido taklih buat kerja lain.. Letak depan tv, dia layan tv sorang2.. Tp tk boleh lama nanti dia boring.. Bila boring mulut pon bising mcm panggil2 orang suruh layan dia.. Alhamdulillah senang nak jaga Faiq sama mcm jaga Balqis dulu..

Setakat ni Faiq belum demam lagi.. Masa injection 2 bln ari tu pon tk demam.. Bawak pegi jalan2 kat KL pon tk demam.. Semoga Faiq terus membesar dengan sihat n jadi anak yg soleh.. yg pastinya kakak Balqis tak sabar tunggu Faiq besar sbb nak ajak Faiq main mainan dia.. skrg ayah yg jadi mangsa main masak2 dengan Aqis..

 Kakak yang kegembiraan dapat riba adik..

Faiq 2 bulan..

0 comments:

Post a Comment