Tuesday, May 29, 2012
Super excited
Semalam pegi Kuantan service keta..ingatkan pegi weekdays cepatla service nya.. Sekali amek ko 2 jam br siap.. Naseb baik en baby tak meragam.. Siap service keta singgah kedai fabulousmon nak hantar medela swing service.. Ok yg ni sakit hati tp malas nak cerita.. Pastu en husband ajak pegi kedai buat kitchen cabinet.. Sy tkde mood nk pegi ingatkan lambat lg nak buat kitchen cabinet.. Tak sangka pulak menteri kewangan dh luluskan bajet utk renovate dapo ngan buat kitchen cabinet sekali..
Kedai tu kawan en husband yg recommend.. Katanya murah n design cantik.. Nicee.. Tak perlu susah2 kami nak survey yg mana survey2 ni bukanlah kepakaran kami.. Masuk kedai je terus berkenan ngan display kitchen cabinet.. Pastu dtg amoi explain itu ini.. Faiq yg tgh tido leh terkejut dgr suara dia.. Punya la semangat bercerita.. Pastu dia ajak diskas.. Dia tanya sikit pasal ukuran dapo seme.. Tingkap ada berapa.. Dia buat model 3D guna komputer.. Siap sajes tingkap kena letak kat mana.. Size macam mana.. Best rupanya guna khidmat interior designer.. Dia yg bagi idea.. Kalau kita suka kita ambik.. Kalau tak suka kita tukar..
Lama gak la tunggu dia design kitchen cabinet guna komputer.. We all tgk je apa dia buat.. Dah siap mmg sebijik sama ngan apa yg saya nak.. Dah setuju design, dia cerita pulak cam mana nak jimat cost ngan pilih jubin mcm tu mcm ni.. Yg ni sy tak dengar sgt sbb tu part en husband.. Mmg terbaik la cara amoi ni bg penerangan.. Kejap je dah dpt gambaran apa yg kena buat..
Since kitorng pegi kedai tu dh lambat ngan tak makan lagi.. Tak sempat nak diskas pasal kaler.. Bila dah confirm nak amek company dia jd contractor br diskas detail katanya.. Pastu dia bga sebut harga.. Ngan harga serendah ni dpt yg mcm ni mcm ni.. Harga lebih sikit dpt dapo mcm ni mcm ni.. Pon sy suka jugak sbb dah sebut harga penuh.. Lengkap semua barang.. Tak mcm ngan kedai sy pegi sebelum ni.. Bg harga 6k tapi tk termasuk dapur, sink , accesories lg.. Nak buat bajet pon tak boleh..
Dia siap printkan design dapo tu..ingatkan nak bagi kat kitorng..sekali kena bayar deposit 1k dulu br dia bg design tu.. Ye la dah penat2 dia buat design tu takkan nak bagi free kat kitorng kan.. Buatnya kitorng curi design dia pegi kedai lain tak ke naya.. Confirm nak amek company ni tp nk kena tunggu dinding dapur naik dulu.. En tukang ni esok baru nak start buat keja.. Super tak sabar nak ada dapo yg cantik.. Hehe
Tuesday, May 8, 2012
Rasa mo bercuti2..
Cuti sy masih lg berbaki 11 hari.. Pejam celik pejam celik dah nak 3 bulan sy bercuti.. Rasa cam tk bersedia nak masuk kerja balik.. Best nya duduk rumah.. Sekarang hari2 dok mengira hari brp hari lg nak masuk kerja.. Kebetulannya minggu ni en husband sibuk dengan plant shutdown.. Sedikit sebanyak terasa kami 3 beranak ni terabai.. Balik lewat malam.. Keluar kerja awal pagi.. Sampai rumah mmg dah flat habis.. Kesian tgk.. Nak suruh jaga2 Faiq pon tak sampai hati.. Hihi
Shutdown nya habis elok je ngan sy nak masuk kerja.. Terima kasih jgk la ngan shutdown ni sbb baki cuti 11 hari ni sy rasa sangat la panjang.. Kalo tak, kejap je rasa cuti habis.. Sy masuk kerja 20hb mei.. Budak2 dah nak exam tgh tahun.. Pastu 25hb nya cuti tengah tahun.. Harap2 takde la kelas tambahan which is sgt la mustahil.. Sempena en husband habis shutdown, sempena sy masuk kerja semula.. Sy teringin la sgt nak pegi cuti cuti malaysia.. Rasa cam nak pegi Penang.. Tp rasa cam jauh sgt.. Malas nak naik kereta lama2.. Nak pegi Langkawi lg la malas ngan baby ni.. Pon rasa jauh jgk sebenarnya.. Lam ati rasa rindu kat Labuan.. Teringin bena pegi Labuan lg.. Tp tiket mahal ya ampun.. Tk berbaloi.. Kot pegi Kuantan ke, KT ke.. Takde la vacation namanya..
Sunday, May 6, 2012
Faiq 2 months
Alhamdulillah.. Faiq membesar dengan sihat.. Sedar2 dah 2 bln setengah.. Waa maknanya cuti sy tinggal lg 2 minggu.. Mcm mana nak tinggal Faiq rumah pengasuh ni.. Terpaksa ajar dia minum botol semula.. Harap2 minggu depan sy rajin la nak pump susu..
Perkembangan faiq setakat ni dia dah pandai senyum.. Pantang tgk dia mesti dia senyum.. Mulut pun dah bising nak bercakap.. Pandai buat bunyi aaa ooo dengan mulut bulat muncung2.. Hailah baby.. Kenapa la comel sgt.. Sarung tangan pun dah boleh bukak masa umo 2 bln 10 hari.. Sebelum ni dah bukak tp ayah bising kata faiq cakar muka.. Kalau ikutkan sy bia je la dia cakar muka.. Nanti2 tahu la dia sakit cakar muka.. Lagipon calar tu kejap je hilang.. Skrng dah ok dah.. Takde cakar sgt..
Tidur malam pon dah ok.. Standard dia tido pukul 12.30 am.. Time meragam pernah la jgk cecah 2.00 am sekali.. Pastu bgn bila hari dah cerah.. Kadang2 time ayah ngan kakak sibuk bersiap time tu la dia pun sibuk bgn jgk..Dah boleh tido atas katil.. Sebelum ni kena tidur atas rocker baru dia tido lena.. Sekarang siap selimut sekali ngan sy.. Siang hari boleh tinggal dia sorang2 kejap sementara sy mandi, masak, jemur kain.. Takde la kalau dia tk tido taklih buat kerja lain.. Letak depan tv, dia layan tv sorang2.. Tp tk boleh lama nanti dia boring.. Bila boring mulut pon bising mcm panggil2 orang suruh layan dia.. Alhamdulillah senang nak jaga Faiq sama mcm jaga Balqis dulu..
Setakat ni Faiq belum demam lagi.. Masa injection 2 bln ari tu pon tk demam.. Bawak pegi jalan2 kat KL pon tk demam.. Semoga Faiq terus membesar dengan sihat n jadi anak yg soleh.. yg pastinya kakak Balqis tak sabar tunggu Faiq besar sbb nak ajak Faiq main mainan dia.. skrg ayah yg jadi mangsa main masak2 dengan Aqis..
Kakak yang kegembiraan dapat riba adik..
Faiq 2 bulan..
Subscribe to:
Posts (Atom)