Sekarang kan byk je kes buang bayi.. kes terberanak lam tandas la.. dan kebanyakannya hasil perhubungan luar nikah.. bila sy baca kes2 macam ni.. lam hati ada terdetik.. senang nya diorng ni beranak.. yg kita ni.. 5-6 jam dalam labour room belum tentu keluar baby lg.. pastu ari tu beli majalah Wanita.. ada la artikel pasal kenapa susah nak beranak..
Menurut artikel tu.. wanita2 yang mengandung tanpa suami ni kadang2 tak tahu pon diri mereka mengandung.. tup2 dah tiba masa nak beranak.. bila dia tak tahu dia mengandung.. aktiviti harian diorng berjalan seperti biasa.. tu membantu diorng nak beranak nanti.. kalau yg tahu mengandung pon tp sbb diorng takde sape2 nak bergantung harap.. terpaksa buat kerja seperti biasa.. dgn kata lain diorng tak manjakan diri bila mengandung..
Bila difikir2 mmg betul pon apa yg artikel tu tulis.. berbanding dgn kita yg ada suami ni.. bila tahu je mengandung.. mula la mode ngada2 tu dtg.. tu tak boleh buat ni tak boleh.. sama la mcm sy.. bila tahu mengandung terus block kan diri drpd buat kerja berat.. tp sbb tak larat nak tunggu en husband buat kan.. last2 sy buat jgk kerja2 rumah sendiri.. mengandung tk semestinya tk boleh bergerak aktif seperti biasa.. cuma kena lebih berhati2.. harap2 dapat la membantu kita ketika bersalin nanti..
0 comments:
Post a Comment