Monday, June 30, 2014

Resepi ayam percik


Gambarnya ikan percik.. tapi cara nak buat adalah sama ngan ayam percik..

Seperti biasa sebelum lupa supaya lepas ni nak masak lagi sekali senang nak cari..

Bahan perap
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Garam

Bahan kuah
Santan pekat 2 paket
Bawang merah 10 biji
Lada kering 4
Halia i inci
Serai 2 btg
Garam
Gula
Asam keping

Ayam diperap selama 30 min.. En suami rajin nak bakar guna arang.. ikutkan sy bakar je atas dapur.. sambil tu siapkan kuah.. Semua bahan di blend.. masakkan atas api kecil sehingga kuah pekat.. pastu ambil separuh utk dilumur kepada ayam sambil bakar.. rasa mmg setanding yang dijual kat pasar ramadhan.. baru sy tahu senang nya nak buat ayam percik.. Gambar tak sempat nak ambil..

Umrah Trip bahagian 2

Sampai di mekah lam pukul 10 p.m.. Suasana di Mekah sgt berbeza berbanding suasana di Madinah.. Lepas rehat selama 2 jam.. kami berkumpul semula di bawah utk dibawa menunaikan umrah wajib.. kali ni kami disambut sendiri oleh owner TA.. Malam pertama di Mekah, orang tak ramai sgt jd dapat lah tawaf di bahagian bawah.. siap tawaf dapat solat dekat ngan kaabah.. siap tawaf pergi buat saei.. Selesai buat umrah betul2 azan pertama Subuh berkumandang.. Boleh la terus tunggu solat Subuh kat masjid.. Selesai solat Subuh berlaku lah kejadian tak diingini dan paling ditakuti iaitu mak n ayah mertua sy terpisah dr sy dan suami..masa nak keluar dari masjid, ayah mertua lead kat depan.. suami kat belakang sekali.. sampai kat simpang elok je ayah n mak mertua pergi kiri, sy dan suami pergi kanan turun tangga.. bila toleh belakang, cari kat depan.. dah tak jumpa diorng.. silap nya sy la sebab yakin trn ke bawah.. padahal mmg patut ke kiri.. bila dapat keluar masjid, cari sana sini mmg tak jumpa.. last2 decide nak balik hotel dulu, manala tahu diorng dah selamat ikut jemaat lain balik hotel.. sekali kat hotel pon takde.. muka suami dah cuak dah tp dia sabar je.. terpaksa patah balik ke masjid.. lam hati tak putus2 doa bia la jumpa.. sampai kat masjid dr jauh nampak diorng tgh bercakap ngan org Malaysia jgk tp lain grup.. Alhamdulillah jumpa.. Pagi tu pulang la ke hotel lam kepenatan.. Hari pertama di mekah aktiviti bebas so boleh la berehat2 saje.. Untung nya di Mekah hotel kami jauh dr tempat beli belah dan sedikit jauh dr masjid.. bila balik dr masjid mmg takde keinginan nak membeli belah.. terus balik bilik dan berehat..

Untung nya jgk pergi ngan TA ni.. dia akan bawa kita bermiqat sebanyak 6 kali.. jd terpulang la kepada jemaah untuk pergi brp kali.. kalau taknak buat umrah banyak kali, boleh la buat tawaf sunat.. dan rasanya ni la antara TA yang buat ziarah ke Thaif, kawasan tanah tinggi yang ada kat Mekah, walaupon tak sesejuk Cameron HIghland tapi masih la terasa dingin nya cuaca kat sana.. Kat Mekah byk sikit dugaan nya berbanding semasa di Madinah.. 

Kat muzium.. ni la rupa nya Mekah bila dah siap nanti pada tahun 2025 kalau tak silap..

 Suasana di luar masjid yang penuh dengan umat manusia dr seluruh pelusuk dunia..
  
 Gua Hira' tempat Rasulullah terima wahyu.. 
 Mina.. dengar penerangan ustaz pasal nikmat haji zaman dulu ngan zaman sekarang mmg jauh berbeza.. 
 Keadaan masjid yg tengah diubah suai utk menampung jemaah yg semakin ramai
 Pemandangan dari atas
 Dalam perjalanan menuju masjid.. masuk waktu je semua org berpusu2 ke masjid.. indahnya suasana tu..
Solat dekat ngan kaabah sebelum kena halau keluar.. ni kawasan lelaki shj.. perempuan kena solat kat dalam bila masuk waktu..

Alhamdulillah pengalaman ke tanah suci tak akan sy lupakan.. sy doakan juga keluarga dan sahabat handai juga akan menjadi tetamu Allah..

Umrah Trip bahagian 1

Alhamdulillah selamat pergi menunaikan umrah pada 31 Mei - 11 Jun 2014.. Sy pilih TA BAHRULMAZI kerana sesuai ngan bajet kami sekeluarga.. Perjalanan kami bermula pada 30 Mei 2014.. Penerbangan dr Kota Bharu ke KLIA2 menaiki Air Asia.. First time sampai KLIA2.. besar nya lah airport.. kesian kat warga tua yg kena berjalan jauh untuk sampai gate keluar..tp ok la..sgt selesa berbanding LCCT.. sampai KLIA2.. abang ipar dah tunggu utk bawa kami balik rumah dia.. utk bersihkan diri dan makan malam.. Kol 10 p.m kena berkumpul semula kat KLIA..


Family kakak n abang sy yang dtg hantar..Adik beradik suami pon ramai yang datang hantar.. sgt terharu..

Lam kol 2.00 a.m gitu kami menaiki pesawat Emirates menuju Dubai.. dari Dubai ke Jeddah.. perjalanan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 13 jam.. Dari Dubai ke Jeddah berpeluang naik Airbus 380.. merasa la jgk.. hehe.. Sampai aiport Jeddah.. tunggu bas untuk dibawa ke Madinah.. 

Suasana airport Jeddah..

Sekali lagi urusan kami dipermudahkan.. masa kami sampai takde penerbangan lain.. jd urusan di imegresen cepat.. cuma nak tunggu barang keluar lambat sikit.. mungkin sbb sekejap sgt urusan di imegresen.. lepas dpt barang tunggu bas sekejap.. tak lama pon tunggu bas dah sedia.. perjalanan dr Jeddah ke Madinah akan mengambil masa 6 jam.. tp perjalanan yg lama tk terasa sgt sebab semua orang keletihan.. kebanyakan kami tidur utk mengumpul tenaga.. Bas berhenti sekali untuk solat jamak qasar zohor dan asar.. sementara tunggu yang lain sempat la kami order nasi arab.. sepinggan boleh share 2 org sbb banyak..

Sampai di Madinah masih petang.. jd sempat la solat Maghrib di masjid Nabawi.. masa ni sy lam conflict boleh solat ke tak boleh.. so sy tak ikut pergi masjid.. berehat di bilik je.. patutnya malam ni berehat je tapi mutawif tukar plan.. plan esk nya di bwk ke malam.. malam tu semua org dapat masuk raudhah.. sy just dok kat luar masjid tgk2 orang.. sambil tunggu mak mertua..

Hari kedua di Madinah.. aktiviti bebas.. boleh la pergi membeli belas sikit pastu pergi masjid.. suasana di Madinah tenang.. walaupun ramai org tapi tenang.. cuaca panas tapi menyenangkan..  


 Suasana lam masjid Nabawi


Suasana kat luar masjid Nabawi

Hari ketiga ada ziarah luar.. pegi melawat Masjid Quba, kebun kurma, jabbal Uhud ngan Masjid Qiblatain.. walaupun dah dipesan harga kat pasar kurma sedikit mahal.. tapi kami beli jgk kat sini.. kalau beli banyak boleh request kotakkan terus.. senang nnt nak angkut naik bas dan boleh terus check in kargo..

Alhamdulillah kat Madinah jugak la sy tahu sy mengandung.. besar rahmat Mu ya Allah.. Kau ambil zuriatku jd ahli syurga.. Kau jemput kami ke tanah suci Mu.. Kau hadiahkan berita gembira ni ketika kami di Madinah tempat bersemadinya Rasulullah saw.. sempat la sy masuk raudhah.. pengalaman pertama masuk raudhah sgt la menggerunkan sbb org berasak2 nak masuk.. pastu org yang dah kat dalam tak dpt keluar.. sy pon hampir terjatuh atas orang tgh solat.. Pengalaman kedua masuk Raudhah masa buat ziarah selamat tinggal.. kali ni sedikit mudah sbb orang tak ramai..


Masjid Quba

Lepas Ziarah Wida' kami bertolak ke Mekah.. Perjalanan dari Madinah ke Mekah akan mengambil masa lebih kurang 8 jam kalau sy tak silap..

Mencari Damai Hati Di Baitullah..

Sebenarnya plan nak menunaikan umrah dah lama.. sebelum ni kalau ajak en husband gi holiday oversea mesti dia taknak sebab katanya kena gi umrah dulu.. baru boleh nak gi tempat lain.. plan asal nya mmg nak pergi tahun ni.. tapi bila sy mengandung tahun lepas.. plan adalah sikit terganggu sbb sy taknak gi masa mengandung.. sbb sy takut kalau tak ambil vaccine tu.. padahal org lain pergi ok je..terpaksa wat replan.. bila dah bersalin bulan 7 kena tunggu baby besar pulak paling2 umo 2 tahun br bleh tinggal.. nampak mcm makin lama lg baru boleh pergi buat umrah..

Tapi sehebat mana pon kita merancang, Allah juga lah yg menentukan sbb sehebat2 perancang adalah Allah SWT. Ditakdirkan Allah sy keguguran semasa kandungan 5 bulan.. hari pertama gugur tu jgk sy n suami decide nak menunaikan umrah..bermula la misi mencari agen yang berkenan di hati.. since sy pilih nak pegi masa cuti sekolah n sedikit lambat.. decide nak pegi akhir bulan 2.. nak pegi akhir bulan 5.. cuti sekolah pulak.. kebanyakan travel agent yg kami contact semua dah penuh.. kalau ada pon tak kena dgn tarikh yang sy nak.. kalau boleh sy taknak terkena waktu sekolah.. kami cikgu payah nak mohon cuti pergi umrah.. 

Lepas fikir panjang.. kami decide utk ambil travel agent ni.. BAHRULMAZI . Date pon terpaksa ambil yang ngam2 lam cuti sekolah.. which is lepas balik terpaksa cuti rehat 2 hari utk rehat.. pastu suami cdg nak bawak mak n ayah dia sekali pergi umrah.. nak tunggu diorng nya decision ambik masa lagi 2-3 hari.. Nak dijadikan rezeki kami.. TA call kata ada slot baru dibuka betul2 kena ngan tarikh yang sy nak.. Allahuakbar.. mmg perjalanan kami kali ni dipermudahkan Allah.. lepas fikir panjang mak n ayah mentua setuju nak ikut.. lam masa dua bulan.. kami kena sediakan segala dokumen yang diperlukan..

First step.. ambil vaccine meningitis kat klinik.. pastu submit ke TA beserta dokumen yg diperlukan untuk submit visa.. Dekat2 nak pegi tu.. timbul pulak cerita banyak visa kena sekat ngan Arab Saudi.. satunya sbb penyakit MERS.. satu lagi mungkin sbb nak dekat musim haji.. Arab Saudi nak kontrol kemasukan jemaah.. Alhamdulillah visa kami lepas takde masalah.. Bermula la perjalanan kami mencari redha Allah di tanah suci pada 31 Mei 2014 - 11 Jun 2014..